Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China telah diarahkan untuk ditarik balik dari pasaran tempatan berikutan kes kandungan bendasing di dalam tin berkenaan yang dipercayai sejenis nematoda atau cacing daripada genus Anisakis spp.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, arahan penarikan semula telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada kedua-dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd atas sebab produk berkenaan tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

Kredit: The True Net

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati produk jenama TL Tan Lung Canned Sardines in Tomato Sauce keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan TLC Sardines in Tomato Sauce keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd mengandungi cacing mati dan telah diminta untuk menarik semula produk berkenaan dari pasaran Malaysia.

Kredit: The True Net

“Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin”.

Sebelum itu, tular di media sosial apabila berlakunya kes penemuan cacing mati di dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

Kredit: World of Buzz

“Laporan tersebut menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesian mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China”.

Tiga produk ikan sardin dalam tin yang diarahkan ditarik balik oleh Indonesia adalah daripada syarikat Farmerjack, Hoki dan juga IO.

Kredit: Kabar3.com

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai produk makanan, boleh berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah. Orang ramai juga boleh menghubungi KKM melalui laman sesawangnya http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau melalui Facebook rasmi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Sumber: Harian MetroNST

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds