Kebanyakan orang pasti akan mengetahui kisah sedih dan tragik kapal mewah dan megah RMS Titanic. Jika tidak membaca sejarah dunia, pasti pernah menonton filemnya yang epik, yang kini telah menjadi sebahagian sejarah juga. Ada pelbagai teori yang diperkatakan oleh orang ramai tentang bagaimana kapal yang dikatakan begitu hebat dan canggih pada zaman itu boleh karam hanya disebabkan oleh pelanggaran dengan aisberg.

Apapun yang diperkatakan orang, hanya mereka yang terselamat dalam tragedi itu sahaja yang mengetahui kisah sebenar dan boleh menceritakannya. Pada 10 April 1912 kapal RMS Titanic telah berlepas dengan pelayaran pertama dari pelabuhan Southampton menuju ke New York.

Seramai 2,224 penumpang dan anak kapal dikatakan berada di dalam kapal mewah ini apabila tragedi melanda pada 15 April 1912. Daripada jumlah itu, hanya 700 orang penumpang sahaja yang telah terselamat dan dapat menceritakan kisah mereka.

1. Dua anak yatim Titanic.

Kredit foto: EAST NEWS

Michel berusia 3 tahun dan Edmon Navratil berusia 2 tahun apabila tragedi berlaku. Mereka telah dibawa pergi tanpa pengetahuan oleh bapa mereka, Michel dengan menggunakan nama palsu Luis dan Otto. Michel telah bercerai dengan ibu mereka. Pada masa tragedi, Michel telah berjaya menyelamatkan kedua beradik ini ke dalam bot terakhir sebelum dia turut tenggelam bersama Titanic.

Sebulan selepas tragedi, ibu Michel dan Edmon telah berjaya menemui mereka apabila melihat foto dua anak yatim ini di dalam akhbar. Beberapa tahun kemudian, Michel berkahwin, menjadi profesor psikologi dan meninggal dunia pada usia 92 tahun. Edmon menjadi arkitek serta menyertai angkatan tentera Perancis semasa Perang Dunia Kedua dan meninggal dunia pada usia 43 tahun.

2. Molly yang tidak pernah tenggelam (Margaret Brown).

Kredit foto: Lefranc David/ABACA/EAST NEWS  /20th Century Fox Film Corporation

Nama Margaret Brown telah mula dikenali sebelum Titanic karam lagi. Wanita berkarisma ini antara yang lantang menyuarakan hak wanita untuk mengundi di Amerika Syarikat.

Margaret berada di Eropah apabila mendapat berita cucunya sakit di New York dan telah membuat keputusan membeli tiket kelas pertama, mengikuti pelayaran pertama Titanic. Semasa Titanic sedang karam, Margaret berada di dalam bot penyelamat nombor 6 dan turut aktif menggerakkan usaha menyelamatkan mangsa yang masih hidup dengan pantas, berikutan ramai lelaki yang tidak dapat berfikir dengan stabil pada waktu tragedi.

Selepas tragedi apabila kesemua mangsa diselamatkan oleh kapal Carpathia, Margaret terus membantu mangsa dengan memastikan mereka mendapat rawatan kesihatan yang diperlukan di samping keperluan lain sehingga kapal ini berlabuh di New York. Margaret terus bergiat aktif dengan kerja sukarela semasa Perang Dunia Pertama dan mendapat Pingat Presiden diatas usahanya. Margaret Brown meninggal dunia pada usia 65 tahun di New York kerana tumor otak.

3. Wanita yang terselamat dalam tiga tragedi kapal karam.

Kredit foto:  wikipedia   / EAST NEWS

Violet Constance Jessop merupakan pekerja di dalam kapal kepunyaan syarikat White Star Line. Violet berada di dalam kapal Olympic apabila ia bertembung dengan kapal Hawke pada tahun 1911. Pada tahun 1912, Violet terselamat dalam tragedi Titanic tempat beliau bekerja. Semasa Perang Dunia Pertama, Violet berada dalam kapal hospital Britannic dan terselamat apabila ia telah karam kerana melanggar periuk api.

Violet terus bekerja di dalam kapal selama 42 tahun sehingga bersara pada tahun 1950 dan tinggal di Suffolk, England sehingga meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana serangan jantung.

4. Pelakon wanita yang berlakon dalam filem Titanic dengan memakai pakaian yang sama sewaktu tragedi.

Kredit foto: wikipedia

Aktres Dorothy Gibson dan ibunya membeli tiket kelas pertama dan mengikuti pelayaran Titanic ke New York. Semasa tragedi, Dorothy dan ibunya telah terselamat dengan menaiki bot nombor 7 yang hanya diisi separuh daripada mangsa. Namun bot tersebut juga hampir karam apabila ia telah berlubang, namun mereka telah berjaya menutup lubang tersebut dengan beberapa helai baju.

Semasa di New York, Dorothy berjaya meyakinkan penerbit untuk menerbitkan filem mengenai Titanic. Dorothy menjadi penulis skrip dan melakonkan filem tersebut dengan memakai baju yang sama ketika tragedi. Filem ditayangkan sebulan selepas tragedi.

Pada tahun 1928, Dorothy bersama ibunya berpindah ke Paris dan bekerja dengan Metropolitan Opera. Semasa Perang Dunia Kedua beliau berpindah ke Itali apabila telah dituduh sebagai anti fasis dan dipenjarakan di penjara San Vittore tetapi telah berjaya melarikan diri. Dorothy Gibson meninggal dunia di Paris pada usia 65 tahun kerana serangan jantung.

5. Lelaki yang telah berjaya berjalan semula selepas terkena reput fros.

Kredit foto: wikipedia

Richard Norris Williams telah berjaya diselamatkan dan ditarik ke dalam bot penyelamat nombor 14 apabila kapal Titanic mula karam. Bapanya telah meninggal dunia apabila telah dihempap paip stim yang tumbang.

Semasa berada di dalam kapal Carpathia, doktor telah menyarankan supaya Richard membenarkan kakinya dipotong kerana telah terkena reput fros yang amat teruk tetapi lelaki ini berkeras dan enggan berbuat demikian.

Tidak lama kemudian, kaki Richard telah pulih dan beliau meneruskan karier dalam sukan tenis dan memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Richard menyertai tentera dalam Perang Dunia Pertama, dan menjadi pakar perbankan berjaya di Philadelphia. Richard Norris Williams meninggal dunia pada usia 77 tahun akibat penyakit paru-paru.

6. Penumpang muda terakhir yang mengingati tragedi dengan baik dan tepat.

Kredit foto: eastnews

Eva Miriam Hart berusia 7 tahun dan mengikuti pelayaran Titanic bersama ibu bapanya apabila tragedi berlaku. Apabila kapal Titanic mula karam, bapa Eva telah membawanya ke dalam bot penyelamat bersama ibunya dan perkataan terakhir, “Pegang tangan ibu kamu dan sentiasa jadi anak yang baik.”

Kredit foto: Dylan Martinez/reuters

Eva kemudian menjadi penyanyi dan aktif bersama parti konservatif di Britain. Sepanjang hidupnya, wanita ini sentiasa aktif dan tidak pernah lupa menceritakan kisah Titanic dan pengalamannya pada ketika itu dengan begitu baik dan tepat. Eva Miriam Hart meninggal dunia pada usia 91 tahun.

7. Pengurus yang ketakutan dan berjaya meloloskan diri ke dalam salah satu bot penyelamat.

Kredit foto: EAST NEWS   / 20th Century Fox Film Corporation

Joseph Bruce Ismay ialah pengerusi White Star Line dan merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membina kapal Titanic dan bermegah dengan menyatakan kapal itu tidak akan tenggelam. Bruce Ismay berjaya menaiki salah satu bot penyelamat ketika terdapat ramai lagi wanita dan kanak-kanak yang perlu diselamatkan di atas kapal tersebut.

Selepas tragedi, Bruce Ismay dikecam sebagai seorang pengecut dan mementingkan diri. Mungkin berasa bersalah seumur hidup, Bruce Ismay telah mendermakan wang yang banyak ke dalam tabung kelasi yang meninggal dunia dan membiayai dana dalam Perang Dunia Pertama. Bruce Ismay meninggal dunia pada usia 74 tahun akibat penyakit trombosis.

8. Mangsa kapal Titanic yang terselamat di dalam kapal Carpathia.

Kredit foto: EAST NEWS

9. Antara mangsa Titanic yang telah berjaya diselamatkan.

Kredit foto: EAST NEWS

10. Orang ramai menunggu ketibaan kapal Carpathia di New York untuk melihat mangsa yang terselamat dalam tragedi.

Kredit foto: East News

11. Akhbar di London mengumumkan kapal mewah Titanic telah karam pada 15 April 1912.

Kredit foto: EAST NEWS

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Arkeologi Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds