Melihatkan sebuah pemetik api yang boleh digunakan sebagai alat komunikasi dan jam waktu yang kelihatan seperti hologram, jelas menunjukkan teknologi semakin pesat seperti yang dijangkakan.

Dunia ini semakin maju dan teknologi juga semakin moden dan canggih. Cuba ingatkan bagaimana rupa komputer pertama dicipta dan bandingkan dengan zaman komputer sekarang. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan, walaupun tujuan asasnya tidak berubah sama sekali iaitu memudahkan kerja dan menyimpan data.

Negara-negara timur seperti Jepun adalah negara yang pesat sekali membangun, dan saingan utama kepada teknologi moden ini adalah negara China. China adalah antara pengeluar barangan export tertinggi  tidak kira dari segi pakaian ataupun barangan gajet canggih.

Kebelakangan ini negara China telah mula mengeluarkan peralatan canggih seperti jam waktu hologram, alat pengimbas fesyen dimana sebuah pengimbas akan memberi anda pendapat tentang gaya pakaian sesuai dengan anda, pemetik api yang boleh dijadikan sebagai telefon pada masa yang sama. Beg bagasi yang akan mengekori anda sepanjang perjalanan tanpa anda perlu menariknya dan juga sepasang kasut yang akan menguluarkan mesej ketika anda sedang berjalan.

Melihatkan wujudnya alat canggih seperti itu, kita pastinya tidak tersangka bahawa dunia berkembang dengan lebih pesat berbanding yang dijangkakan. Tengoklah sahaja sekarang kanak-kanak pada zaman ini, mereka lebih cenderung melihat paparan skrin telefon pintar berbanding dengan zaman dahulu. Dimana kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Era Baru

Share
Kategori: Produk Teknologi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds