Foto seekor anjing yang telah ditahan di dalam kereta polis menjadi bualan ramai sehingga menjadi tular di Twitter. Apa yang menarik perhatian ialah apabila semua orang dapat melihat rupa anjing yang telah ditahan ini. Rupa ego tidak bersalah!

Pemilik anjing ini yang bernama Emma telah memuat naik foto anjingnya yang telah ditahan oleh pihak polis kerana telah mengejar seekor rusa.

Emma menulis, “Seseorang telah memanggil polis untuk menahan anjing saya kerana ia sedang berlari dan menyerang seekor rusa. Saya tahu perkara ini serius, tapi melihat rupanya dalam kereta polis, saya sedihlah…”

Kredit foto: Twitter/Emme

Emma telah terpanggil untuk memperkenalkan anjingnya kepada dunia dengan menulis lagi, “Oh ya, namanya Finn, ia sudah dibenarkan keluar sekarang tetapi kami masih menunggu keputusan apa yang akan berlaku kepadanya kelak. Finn anjing yang baik, cuma ia tidak suka rusa…”

Kredit foto: Twitter/Emme

Ribuan pengguna Twitter, dengan 650,000 pengguna yang suka telah memberikan komen, yang kebanyakannya memperkatakan tentang rupa Finn yang tidak ternilai itu, apabila ia duduk di belakang memandang ke luar dari tingkap kereta polis. Kasihan Finn, ia dilayan seperti penjenayah.

Kredit foto: Twitter/Emme

Emma bersyukur ramai yang mengambil berat tentang nasib Finn.

Katanya, Finn hanya diberikan amaran oleh pihak berkuasa dan semuannya akan menjadi baik-baik belaka.

Kredit foto: Twitter/Emme

Tetapi adakah rusa yang terbabit akan meneruskan pendakwaan kes serangan itu?

Kredit foto: Twitter/Emme

Berita baik untuk Finn, rusa itu pasti tidak akan muncul pada hari sebutan kes di mahkamah kerana sepina tidak dapat diserahkan.

Sumber: sunny skyz

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds