Arkeologi, INSPIRASI, Ria

Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu!

Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu!

Australia sememangnya terkenal dengan aktiviti perlombongan emas dan berlian sejak pertama kali digali kira-kira 100 tahun yang lalu.

Namun, hanya pada sekitar tahun 1980-an sahaja barulah industri ini mencapai kemuncaknya. Kini, kawasan-kawasan perlombongan tersebut telah dijadikan sebagai kawasan terbuka kepada para pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mencari ‘khazanah’ mereka sendiri.

Lelaki yang berasal dari Queensland, Australia ini sungguh tidak menyangka rezeki yang diterima begitu mencurah-curah apabila dia berjaya menemui sebutir permata di celahan batu!

Sewaktu berjalan-jalan di kawasan perlombongan batu nilam, lelaki ini dikatakan menyepak batu-batu kecil di atas tanah. Pada ketika itu, dia terkejut setelah melihat batu berkilau berwarna hijau kebiru-biruan.

Kagum dan teruja pada masa yang sama, lelaki ini kemudiannya membawa batu tersebut untuk mendapatkan pengesahan pakar. Pada ketika itulah dia mendapati batu berkenaan adalah batu nilam seberat 141 karat dan dianggarkan bernilai lebih RM90,000!

Siapa sangka dalam sekelip mata dan tanpa usaha yang bersahaja, kehidupan lelaki ini berubah serta-merta dan menjadi jutawan dalam sekelip mata!

Menurut pihak berkuasa kawasan berkenaan, lelaki itu sangat beruntung kerana menemui permata berharga itu. Cuaca hujan yang turun di kawasan berkenaan beberapa hari sebelumnya membuatkan batu itu muncul di permukaan dan mudah ditemui.

Kalau sudah namanya rezeki, pasti tidak ke mana…

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...