Kita semua tahu Korea Utara dan Korea Selatan merupakan dua buah negara yang berbeza dan bermusuhan. Namun kini tidak lagi apabila tular berita mengenai perancangan untuk menamatkan perang selama 68 tahun yang akan diumumkan oleh kedua-dua pemimpin negara itu.

Pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dikatakan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi secara bersama berkenaan penamatan konflik ketenteraan setelah sekian lama tidak sehaluan.

Kredit: New York Post

Kedua-duanya telah berbincang dan dijadualkan akan bertemu pada 27 April ini di sempadan perkampungan Panmunjon.

Persengketaan di antara Pyongyang dan Seoul mula membuak-buak sekitar tahun 1950 hingga 1953 yang diakhiri tanpa sebarang gencatan senjata mahupun perjanjian damai. Biarpun kedua-dua negara ini bermusuhan, mereka masih lagi dapat mengelakkan daripada peperangan secara besar-besaran.

Kredit: History

Di samping itu, semasa temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang diadakan di Pyeong-chang, Korea Selatan baru-baru ini, kedua-dua negara berkenaan dilihat mula mencapai kata sepakat apabila bersetuju untuk berkongsi bendera yang sama dalam satu pentas sukan.

Kredit: The Week

Penyertaan Korea Utara dalam Sukan Olimpik berkenaan disifatkan Moon Jae-in sebagai ‘peluang terbaik untuk mencairkan hubungan antara kedua-dua negara yang membeku’.

Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump turut memaklumkan perkembangan positif di antara perhubungan politik Amerika Syarikat dengan Korea Utara.

“Kami telah berbincang secara langsung dengan tahap yang tinggi pihak Korea Utara dan saya percaya banyak perkara baik akan berlaku”.

Sumber: New York PostUtusan Online

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds