Bukan mudah untuk menjaga mereka yang menghidap Alzheimer kerana kita perlu lebih peka dan bersabar kerana mereka sememangnya mudah untuk hilang ingatan. Mereka sukar untuk mengingati perkara-perkara yang berlaku walaupun baru sahaja berlaku sebentar tadi. Hal itulah yang membuatkan mereka melakukan perkara-perkara yang melucukan tanpa mereka sedari. Wanita dalam video ini juga nampaknya begitu.

Dia tidak tahu apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang sungguh melucukan sehingga mereka yang merakam video ini tidak boleh berhenti tertawa.

Lihatlah apa yang dilakukannya semasa sedang memasak. Dia meletakkan sedikit garam dalam masakannya tetapi dia hanya merasai masakan yang ada di senduknya iaitu masakan yang belum diletakkan garam. Jadi rasanya sudah tentunya tetap sama walaupun dia terus menambah garam dalam masakan tersebut.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds