Bercakap soal mi segera, ramai individu terutamanya golongan pelajar menjadikan hidangan ini sebagai salah satu menu wajib tatkala berada di ambang ‘kekeringan’.

Namun begitu, tiada siapa yang lebih taasub terhadap mi segera berbanding Hans Lienesch. Hans merupakan pakar mi segera yang juga dikenali sebagai Ramen Rater!

Kredit: Ramen Rater

Sebagai seorang pakar dalam hal-hal melibatkan mi segera, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Hans cukup mudah tetapi memerlukan penelitian yang tinggi.

Setiap tahun, Hans akan menilai pelbagai jenis mi segera dan kemudian menyenaraikan 10 mi segera terbaik. Beliau akan menilai rasa setiap jenis mi segera sebelum menambah perasa tambahan.

Kredit: Iluminasi

Pada tahun ini, Hans telah menilai sebanyak 383 jenis mi segera yang berlainan dari seluruh dunia di dalam cart ’10 Mi Segera Terbaik Sepanjang Masa Edisi 2018′. Menariknya, daripada senarai berkenaan, terdapat empat jenis mi segera keluaran Malaysia berjaya menduduki carta 10 terbaik dalam penilaian Hans!

  1. Prima Taste Singapore Wholegrain Laksa La Mian (Singapura)
  2. Red Chef Mi Sup Udang Sakura (Malaysia)
  3. MyKuali Penang Mi Kari Putih (Malaysia)
  4. CarJEN Nyonya Laksa Kari (Malaysia)
  5. Prima Taste Singapore Curry Wholegrain La Mian (Singapura)
  6. Red Chef Mi Sup Tom Yam Hijau (Malaysia)
  7. Mom’s Dry Noodle Dan Dan Noodle (Taiwan)
  8. TTL White Wine Carbonara Noodle (Taiwan)
  9. Nissin Demae Ramen Straight Noodle Spicy Tonkutsu (Hong Kong)
  10. Gookmul Knight of Ribs (Korea Selatan)

#6 Red Chef Mi Sup Tom Yam Hijau

Kredit: Ramen Rater

Secara tradisionalnya, tidak ramai yang begitu menggemari mi segera perisa tom yam disebabkan oleh rasanya yang tidak begitu kaw! Namun bagi Hans, mi segera ini mempunyai keenakan rasa tom yam yang padu.

“Mi ini mengembang dengan cantik. Kuahnya pekat dan mengingatkan saya gabungan rasa antara tom yam Malaysia dengan kepedasan kari hijau. Ianya sangat menyelerakan”.

#4 CarJEN Nyonya Laksa Kari

Kredit: Ramen Rater

Laksa itu sendiri sudah cukup enak dan lazat tetapi apabila digabungkan dengan citarasa Nyonya, hidangan ini menjadi sesuatu yang terlampau sedap.

“Kuahnya kaya dengan rasa santan yang pekat berkrim dan ‘sos pencecah’ istimewanya mempunyai rasa udang yang manis dan pedas membuatkan segalanya sangat enak”.

#3 MyKuali Penang Mi Kari Putih

Kredit: Ramen Rater

“Semua mi daripada MyKuali mengembang dengan baik begitu juga kuahnya. Satu paket pes kari yang besar bersama krimer dan perasa. Hasil akhirnya menjadi kari pedas yang sangat pekat dengan cara yang unik dan mengagumkan”.

#2 Red Chef Mi Sup Udang Sakura

Kredit: Ramen Rater

“Rasa udang yang kuat dan manis. Kepedasan berada di tahap yang baik dan rasa kuahnya seimbang. Kuahnya pekat dan tambahan bawang goreng untuk tekstur yang rangup adalah bagus”.

Rasanya lepas ini pasti ramai yang akan mencuba keempat-empat mi segera keluaran Malaysia yang berjaya menduduki carta terbaik di seluruh dunia!

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds