Berita Hiburan, HIBURAN

26 tahun berkecimpung di dalam industri seni tanah air, akhirnya KRU dibubarkan

26 tahun berkecimpung di dalam industri seni tanah air, akhirnya KRU dibubarkan

KUALA LUMPUR – Siapa yang tidak kenal pada kumpulan KRU yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik yang telah pun mewarnai industri hiburan tanah air sejak 26 tahun yang lalu? Trio yang hebat ini dikhabarkan telah dibubarkan. Menerusi sidang media, kumpulan KRU yang dianggotai oleh Norman, Edy dan Yusry Abdul Halim yang mula bertapak pada tahun 1992 di dalam industri telah pun mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka.

Mereka mengakhiri sidang media berkenaan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peminat mereka yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang mereka menceburi bidang hiburan sejak 26 tahun yang lalu.

Mereka juga dijadualkan akan mengadakan konsert terakhir pada 6 Mei akan datang.

Konsert yang diadakan itu juga merupakan tanda terima kasih dan juga penamat bagi mereka dalam bidang nyanyian. Mesti kita semua akan merindui persembahan mereka di atas pentas satu hari nanti.

Selain itu juga, selepas daripada konsert tersebut juga, mereka tidak akan lagi terikat dengan mana-mana label muzik. Selamat maju jaya kepada mereka dan terima kasih kerana telah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia!

Para peminat mereka juga turut melahirkan rasa sayu mereka akan pengakhiran kumpulan kesayangan mereka di laman Twitter

Twitter

Twitter

Seperti yang kita tahu, lagu-lagu KRU sememangnya menjadi siulan anak muda daripada zaman 90 an lagi sehinggalah sekarang.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...