Sarapan merupakan hidangan yang wajib diambil oleh setiap individu. Menurut pakar pemakanan, sarapan yang berkhasiat haruslah mengandungi jumlah kalori tertentu iaitu sekitar 400 hingga 700 beserta dengan nutrien yang dapat membekalkan tenaga kepada tubuh.

Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis makanan yang tidak disarankan oleh pakar untuk dinikmati pada waktu pagi kerana ia boleh memberi kemudaratan kepada anda.

Ayuh lihat 11 makanan yang patut anda elakkan untuk dijadikan sebagai sarapan.

#11 Krep dan lempeng

Kredit: depositphotos.compixabay.com

Krep dan lempeng memang dapat mengenyangkan kita tetapi tambahan madu atau pun coklat di atasnya akan menjadikan hidangan ini tidak berkhasiat. Malah, ia juga boleh mengakibatkan penyakit seperti obesiti, mempengaruhi ‘mood’ dan juga membuatkan anda bengkeng.

Jika anda tetap mahukan sarapan jenis ini, apa kata anda ubah kepada resipi yang lebih sihat. Gantikan penggunaan tepung gandum kepada tepung bijiran dan tambahkan buah-buahan segar sebagai pemanis bagi menggantikan madu atau coklat.

#10 Bijirin dan muesli (campuran bijirin dan buah-buahan kering)

Kredit: depositphotos.com , pexels.com

Makanan jenis ini mengandungi gula yang tinggi berbanding serat dan protein. Kajian mendapati sarapan yang mengandungi banyak karbohidrat akan membuatkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu tengahari berbanding individu yang mengambil protein lebih pada waktu sarapan.

#9 Roti putih bakar

Kredit: depositphotos.com , depositphotos.com

Roti putih adalah makanan yang tidak sihat untuk kita. Jadi, apabila anda membakar roti putih, kandungan karsinogen yang boleh mengakibatkan kanser akan menjadi semakin tinggi sekali gus membuatkan hidangan ini 100% tidak berkhasiat!

Doktor mencadangkan supaya menggantikan roti putih dengan roti gandum penuh.

#8 Nutella dan sapuan coklat cair yang pelbagai di pasaran

Kredit: depositphotos.com ,  pixabay.com

Ahli saintis telah melakukan penyelidikan dan mendapati daripada dua sudu besar Nutella mengandungi 83% lebih kadar pengambilan gula yang disarankan oleh pakar pemakanan.

Pengambilan sapuan coklat ini sememangnya dapat meningkatkan ‘mood’ seseorang namun anda akan mudah berasa letih dan lesu. Tambahan pula, kandungan minyak palma di dalam sajian ini adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan manusia.

Sebaiknya, gantikan dengan mentega kacang tanpa gula yang mengandungi protein dan lemak sihat.

#7 Nasi putih

Kredit: depositphotos.com jules/flickr

Nasi putih mengandungi banyak karbohidrat. Menurut satu kajian, pengambilan nasi putih pada waktu sarapan boleh menyebabkan masalah pencernaan kerana nasi mengandungi kandungan kanji yang tinggi dan tiada serat kasar.

Untuk kekal sihat dan bertenaga, amalkan pengambilan beras perang yang mudah dicernakan serta mampu membekalkan tenaga secukupnya kepada badan.

#6 Minuman smoothie

Kredit: pixabay.comdepositphotos.com

Dalam penyediaan smoothie, kita sering menambah terlalu banyak bahan tanpa sengaja. Mengisar buah-buahan atau sayur-sayuran untuk dijadikan minuman kadangkala membuatkan kita terfikir, “Adakah minuman ini boleh mengenyangkan?”

Jadi, kita cenderung untuk menambah bahan lain seperti krim putar yang pada hakikatnya akan menyebabkan minuman itu tidak lagi berkhasiat.

#5 Susu

Kredit: depositphotos.com

Ahli saintis melarang pengambilan susu pada waktu pagi kerana ia akan merangsang penghasilan asid perut sekali gus mengakibatkan pedih ulu hati. Malah, meminum susu juga boleh menyumbang kepada penumbuhan jerawat sekiranya individu berkenaan mempunyai alahan.

Sebaiknya, anda perlu mengambil minuman susu hanya selepas menikmati sarapan.

#4 Yogurt tanpa lemak

Kredit: depositphotos.com

Pada pengamatan pakar, yogurt tanpa lemak adalah sama seperti satu hidangan aiskrim! Jika anda mahu amalkan diet yang sihat, jangan berhenti mengambil lemak susu kerana ia menyumbang kepada penghasilan hormon cholecystokinin yang membantu anda untuk kekal langsing dan menaikkan mood.

Daripada mengambil yogurt tanpa lemak, adalah lebih baik jika anda amalkan pengambilan yogurt semulajadi dengan kandungan lemak sebanyak 3 ke 5%.

#3 Sandwic bungkus

Kredit: depositphotos.com , pixabay.com

Kadangkala, waktu kerja yang padat membuatkan kita tidak mempunyai banyak masa untuk memasak. Jadi, pilihan yang mudah adalah dengan membeli sandwic yang telah sedia dibungkus.

Tetapi tahukah anda sebenarnya hidangan sandwic terutamanya yang dibeli dari restoran makanan segera mengandungi banyak karsinogen dan lemak berbahaya serta kalori yang tinggi.

Bukankah lebih baik jika anda meluangkan sedikit masa untuk membuat sandwic sendiri dengan bahan-bahan yang dijamin bersih dan segar.

#2 Sosej

Kredit: depositphotos.com , pixabay.com

Sosej mengandungi lemak, garam, penambah perisa dan bahan pengawet yang boleh mengganggu kesejahteraan perut selain meningkatkan risiko kanser.

Bagi menggantikan sosej, apa kata anda rebus atau bakar hidangan ayam.

#1 Bakon dan telur

Kredit: depositphotos.com , depositphotos.com , depositphotos.com

Pakar pemakanan sangat tidak menyarankan anda untuk memakan telur bersama bakon pada setiap pagi kerana bakon mengandungi jumlah kolesterol dan lemak tepu yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular seperti jantung tersumbat.

Tukarlah kepada hidangan yang lebih sihat dan menyelerakan seperti telur dadar dengan tambahan sayuran.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds