Seorang ibu dari Albuquerque, New Mexico hanya berjalan 10 kaki daripada kereta untuk pergi ke kedai runcit, tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam keretanya, yang dia telah meninggalkan kuncinya, dan  lelaki tersebut memandu pergi. 

Yang mengejutkan wanita itu lagi adalah apabila dia menyedari anak perempuannya yang berusia 3 tahun masih berada di tempat duduk di belakang.

Ia sepatutnya menjadi malam yang bahagia bagi Leon dan anak perempuannya, Coraline, yang akan menghabiskan malam pertama mereka di sebuah apartmen baru. Tetapi apabila kereta dan anak perempuannya dilarikan pada pukul 8:30 malam, kejadian tersebut telah membawa perubahan yang drastik dan dramatik.

“Saya hanya mampu menjerit,” kata Leon kepada Journal Albuquerque. “Saya betul-betul di hadapan kedai runcit, dan saya menjerit sekuat hati saya. Saya benar-benar tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Saya mengalami histeria, saya tidak tahu apa yang perlu dibuat.”

Polis berjaya menjejaki kereta Leon sejam kemudian, tetapi kanak-kanak berusia 3 tahun itu tidak berada di dalamnya. Amaran AMBER dihantar (amaran penculikan kanak-kanak).

Krqe

Pegawai polis, Chris Poccia, yang diiringi oleh kumpulan motosikal Penjaga Kanak-Kanak, berusaha mencari Coraline.

Pada pukul 1 pagi, ketika suhu kira-kira 20 darjah Fahrenheit (kira-kira -6 darjah Celsius), Poccia terlihat sesuatu kelibat berwarna ungu. Dia menghampiri Coraline yang sendirian di kawasan letak kereta itu, tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

Albuquerque Journal

“Beberapa orang ahli kumpulan motosikal datang ke kereta saya, bercakap dengannya, memakaikannya jaket, kami dapat melihat dia dalam kesejukan,” kata Poccia.

Mereka terkejut bahawa dia akan berada di tempat letak kereta berkenaan dan setia menunggu, “kata Leon. “Tetapi saya tahu dia sedang menunggu saya. Dia tahu ibunya akan datang. “

Poccia berasa sangat lega kerana akhirnya mereka menjumpai gadis kecil itu. “Jujurnya, dalam perjalanan pulang, saya juga turut menangis, saya sangat gembira dan bersyukur kerana kami berjaya mencarinya.”

Insiden yang mengerikan itu tidak lama kemudian keluar dalam berita, menunjukkan rakaman saat Coraline dijumpai, yang dirakam oleh kamera badan Poccia. Namun, suspek masih tidak diketahui dan siasatan sedang dijalankan.

Krqe

Selain video tersebut memberi pengajaran untuk ibu bapa supaya lebih berhati-hati, ia juga menunjukkan bagaimana Poccia mengendalikan kanak-kanak tersebut. Tindakan Poccia telah menyentuh perasaan ramai orang yang telah melihat video tersebut.

Leon terkejut apabila mendapat tahu beberapa orang dalam komunitinya telah keluar dan mencari anak perempuannya juga.

“Ia pasti mengubah perspektif anda terhadap kehidupan dan bagaimana anda melihat dunia,” kata Leon. “Perkara-perkara baik terjadi pada orang yang baik, tetapi itu tidak bermakna perkara buruk tidak berlaku.”

Tonton video tersebut di bawah:

Era Baru

Share
Kategori: Benua Amerika VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds