Berjabat tangan adalah satu satu cara berkomunikasi yang paling biasa dilakukan di seluruh dunia.

Tidak kira di mana, dengan siapa berjabat tangan merupakan antara cara menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain.

Selain bersalaman, ada juga negara yang mengamalkan adat lain sebagai tanda hormat atau berterima kasih. Contohnya di Jepun dan di Korea. Rata-rata mereka akan tunduk sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada seseorang.

Di Jepun khususnya, rakyatnya dikatakan sangat bersopan santun. Bagi yang pernah ke negara itu anda mungkin pernah melihat sendiri kesopanan yang mereka tunjukkan. Percaya atau tidak rakyat Jepun sangat bersopan walaupun di jalan raya, ketika melintasi jalan.

Mereka tetap akan tunduk kepada pemandu kenderaan yang memberhentikan kenderaan semasa mereka melintas jalan. Tanpa mengira umur, pangkat atau jawatan mereka tetap tunduk hormat, berterima kasih kepada pemandu kenderaan yang ada di situ. Budaya yang sangat baik!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds