Melihat bapa mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak seperti rakan karib adalah sesuatu yang ‘menyejukkan’ hati kita.

Jamie Zhu yang berasal dari Sydney, Australia sangat suka bergurau-senda dengan orang di sekelilingnya. Individu yang selalu dikenakan oleh Jamie sudah tentu bapa kandungnya.

Kredit: Jamie Zhu/Facebook

Video yang memaparkan gelagat pasangan ini berjaya mencuri perhatian netizen di media sosial dan ini sebabnya…

Seperti yang anda boleh lihat dalam video di bawah, pasangan anak-beranak ini sememangnya mempunyai perhubungan yang akrab! Walaupun selalu diganggu oleh tingkahlaku anaknya yang ‘nakal’, bapa Jamie kelihatan sentiasa bertenang.

Kadangkala dia akan memberikan tamparan ringan kepada anaknya itu dan adakalanya juga dia hanya mampu ketawa melihat dirinya diperdayakan oleh anak sendiri.

Kredit: Jamie Zhu/Facebook

Pernah satu ketika, Jamie menanyakan bapanya tentang pengalamannya tinggal di Australia dan ini jawapan bapanya:

“Sangat seronok kecuali awak selalu kenakan ayah. Tetapi ayah tetap sayangkan awak kerana awak anak ayah”.

Cair sekejap mendengar seorang bapa meluahkan rasa sayang kepada anaknya. Namun, sementara ramai yang mengagumi pasangan ini, ada juga segelintir netizen yang menganggap segala tindakan Jamie kepada ayahnya sebagai biadap.

Kredit: YouTube

Di samping itu, ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi kepada video ‘prank’ tersebut.

“Jika saya buat begini kepada bapa saya, saya pasti tidak akan melihat dunia ini lagi”.

Apa kata anda lihat dan berikan penilaian anda mengenainya. Kurang ajar atau ianya sekadar gurau-senda antara anak-beranak?

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds