Anda perasan atau tidak kadang kala ada sesetengah produk mendakwa bahawa produk mereka adalah lebih berkesan berbanding dengan produk yang lain – mengandungi lebih vitamin, mineral dan antioksidan. Produk berkenaan lazimnya dikenali sebagai ‘superfood’, iaitu makanan sihat dan bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Contohnya seperti buah beri biru, avokado, biji Chia, daging ikan salmon, spirulina dan sebagainya.  

Oleh yang demikian, kami akan kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk golongan wanita di luar sana, di mana makanan yang tersenarai di bawah mungkin jauh lebih berkhasiat berbanding ‘superfood’.

#8 Bawang putih

© Syda_Productions / depositphotos   © Syda_Productions / depositphotos   © explorerbob / Pixabay

6 ulas bawang putih mengandungi 17% vitamin B6 dan 23% manganese. Ia membantu proses senaman anda dengan lebih berkesan – mengurangkan bebanan jantung jika anda bersenam secara berlebihan berbanding dengan kebiasaan.

Untuk tulang pula, lazimnya tahap estrogen menurun selepas menopaus. Sebab itulah, tulang menjadi lemah. Setengah ulas bawang putih mentah (2 gram) mampu melindungi anda daripada penyakit osteoporosis.

#7 Daging merah

© SIphotography / depositphotos   © SIphotography / depositphotos

100 g (3.50 oz) daging merah mengandungi 53% of zink, 40% vitamin B12, 16% zat besi, dan 12% vitamin B2. Ia mampu meredakan simptom pramenstruasi dan meningkatkan kadar zat besi dalam badan.

Vitamin B12 dan B2 pula membantu anda menghadapi simptom berkenaan dengan lebih baik. Jika tubuh anda kekurangan zat besi, maka anda akan mudah rasa lemah dan pening kepala, di samping kulit akan menjadi pucat. Daging merah berupaya menambah zat besi sewaktu anda menstruasi. Zink pula baik untuk rambut dan kuku.

#6 Pucuk Brussel

© VaDrobotBO / depositphotos   © pixabay   © VaDrobotBO / depositphotos

Setengah cawan sayuran ini mengandungi 81% vitamin C dan 137% vitamin K. Dalam aspek penjagaan mata, golongan wanita adalah lebih mudah menghidapi katarak dan glaukoma daripada golongan lelaki. Oleh itu, pucuk ini mampu menjaga mata kita daripada masalah berkenaan. Dalam aspek penjagaan kulit pula, vitamin C membantu penghasilan kolagen selain mempercepatkan penyembuhan luka dan menghalang penghasilan kedutan.

#5 Tomato

© Coy_Creek / depositphotos   © Coy_Creek / depositphotos

Satu mangkuk tomato mengandungi 47% vitamin A, 42% vitamin C, dan 11% vitamin B9. Untuk penjagaan rambut dan kulit, vitamin A sememangnya penting kerana kandungan lycopene dalam tomato melindungi kulit daripada kesan terbakar.

Untuk penghasilan sel baru, vitamin B9 membantu pertumbuhan sel bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, ia turut melindungi daripada depresi dan kanser payudara.

#4 Ubi kentang

© evgenyataman / depositphotos   © evgenyataman / depositphotos   © robynmac / depositphotos

10 oz (300 g) kentang bakar mengandungi 48% vitamin C dan 46% vitamin B6. Ia mampu melindungi daripada radikal bebas ekoran kandungan antioksidan yang tinggi. Ia juga mampu mengurangkan kelaparan kerana vitamin B6 di dalamnya mampu ‘menjejaskan’ tahap metabolisme dalam cara yang baik.  

#3 Buah ceri

© Dmyrto_Z / depositphotos   © Hyrman / depositphotos   © suravid / depositphotos   © Hyrman / depositphotos

Satu cawan buah ceri mengandungi 40% vitamin A dan 20% vitamin C. Untuk otot, ia dapat membantu melegakan sakit dan sengal badan setelah bersenam. Ia juga membantu anda menikmati waktu tidur dengan lebih baik. Hal ini kerana penyakit insomnia lebih mudah menjangkiti golongan wanita.

Jus ceri dapat membantu anda tidur dengan cepat daripada pil valerian dan melatonin. Untuk kesihatan otak, ceri dapat melindungi sel otak daripada senang dijangkiti penyakit Alzheimer. Hal ini kerana kadar estrogen yang menurun selepas menopaus.

#2 Kefir

© asife / depositphotos   © shmeljov / depositphotos

Kefir adalah susu lembu yang ditapai dengan beberapa bakteria terpilih. Ia mengandungi  21% kalsium, 20% fosforus dan 14% vitamin B12. Untuk mengawal berat badan, ia sebenarnya mengandungi lebih probiotik berbanding yogurt. Probiotik ini akan mengekalkan usus anda dalam keadaan yang lebih baik bagi membantu tubuh mengawal beratnya.

Dalam aspek keseimbangan, kefir akan mengurangkan tekanan, perasaan bimbang dan melawan depresi. Dalam aspek penjagaan payudara pula, saintis Kanada mendedahkan bahawa kefir mampu melindungi payudara daripada terkena kanser.

#1 Kelapa

© depositphotos.com

Kelapa sangat berguna semasa sedang hamil. Air kelapa mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti kalsium (6%), potasium (600 mg), dan sodium (250 mg).

Untuk perkembangan otak, minyak kelapa mengandungi asid lemak yang penting untuk bayi. Selain itu, ia turut memanfaatkan bakal ibu. Dengan meminum sahaja air kelapa, ia dapat meningkatkan tahap potasium, magnesium dan asid laurik – mengawal tekanan darah.

Ia juga meningkatkan kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol jahat. Perubahan hormon sewaktu mengandung juga boleh menyebabkan pedih ulu hati, sembelit dan ketidakcernaan dalam usus.

Air kelapa mengandungi serat yang penting untuk mengukuhkan sistem pencernaan manusia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds