GAYA HIDUP, KESIHATAN

Wanita ini amalkan susu kunyit untuk dapatkan badan yang langsing mengalahkan anak dara!

Wanita ini amalkan susu kunyit untuk dapatkan badan yang langsing mengalahkan anak dara!

Kecantikan wajah mahupun tubuh adalah perkara utama yang dititikberatkan oleh setiap wanita. Menggunakan kosmetik, produk-produk kecantikan, jamu dan sebagainya, segala usaha ini sanggup dilakukan sehingga berhabis wang ringgit demi penampilan yang menawan sepanjang masa.

Tetapi, selain daripada produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia dan mahal harganya, terdapat beberapa petua tradisional yang digunakan oleh kaum wanita zaman dahulu yang sudah tentu menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Bagi anda yang ingin menjamin kesihatan dalaman wanita di samping mendapatkan bentuk badan yang ideal, anda boleh mengikuti tips kecantikan oleh ibu kepada tiga orang anak bernama Nurul Arija ini.

Melalui akaun Facebook miliknya, Nurul telah kongsikan petua yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua kaum wanita untuk kekal awet muda.

Lihat sahaja bentuk badannya yang mengalahkan anak dara! Dengan hanya mengamalkan minuman susu kunyit yang dikatakan bagus untuk membuang angin dalam badan serta mencegah kanser, minuman berkhasiat ini juga berkesan dalam memecahkan lemak sekali gus membuatkan anda tampil langsing!

Bahan-bahannya:

Segelas susu

Kacang badam yang ditumbuk kasar

Kunyit yang ditumbuk kasar (anggaran 2 cm)

2 sudu madu

Cara-caranya:

Renehkan susu di dalam periuk dan masukkan kunyit yang telah ditumbuk kasar tadi.

Kemudian masukkan kacang badam dan gaulkan kesemua bahan tersebut.

Setelah siap, tunggu sehingga air susu menjadi suam dan masukkan 2 sudu madu. Air susu kunyit siap untuk dinikmati! Anda boleh mengamalkan minum minuman berkhasiat ini sebanyak empat kali dalam seminggu.

Sumber: Facebok/Nurul Arija

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...