INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Pemuda ini fikir dia mendengar tangisan kanak-kanak di atas kedainya— lantas dia mengambil penukul dan mula mengetuk

Pemuda ini fikir dia mendengar tangisan kanak-kanak di atas kedainya— lantas dia mengambil penukul dan mula mengetuk

Ketika seorang pemuda sedang sibuk bekerja di kedai runcit, dia terdengar bunyi tangisan yang menarik perhatiannya. Beranggapan bahawa mungkin tangisan itu datang dari seorang kanak-kanak, dia segera mencari arah datangnya bunyi tangisan itu di setiap sudut kedainya, dan akhirnya dia menjumpai ‘kanak-kanak’ tersebut.

Pemuda itu, Ricardo Sardinha yang bekerja di sebuah kedai runcit di Guarulhos, Brazil berhampiran São Paulo menceritakan pengalamannya yang berlaku pada bulan Januari lalu.

Kredit: Ricardo Sardinha/Facebook

“Semuanya bermula apabila saya terdengar bunyi ngiau. Pada mulanya saya fikir ia datang dari kanak-kanak yang menangis, tetapi tidak, rupanya ia datang dari seekor anak kucing yang meminta bantuan,” kata Sardinha kepada Love Meow.

Dia berusaha mencari haiwan itu di sekitar kawasan kedainya tetapi tidak dapat menjumpainya dan akhirnya dia pulang ke rumah.

Kredit: Ricardo Sardinha/Facebook

Keesokan harinya, dia berjaya menemui kucing yang malang itu. Rupanya ia terperangkap di bahagian dalam muka pintu (façade) kedai yang bersebelahan dengan kedainya.

Lebih malang lagi buat kucing itu, kedai tersebut ditutup selama lebih dari seminggu disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian, jadi tiada siapa yang tahu bagaimana anak kucing itu boleh terperangkap di atas itu, walaupun ada yang mengatakan bahawa ia mungkin memanjat muka pintu itu dari bahagian dalam kedai.

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

“Saya segera mengambil tangga dan penukul untuk menyelamatkannya,” kata Sardinha.

Walaupun Sardinha tahu bahawa anak kucing itu terperangkap di belakang papan itu, namun dia tidak tahu di bahagian manakah sebenarnya anak kucing itu berada. Oleh itu, dia terpaksa mencabut papan tersebut secara rawak untuk mencarinya.

Alahai, anak kucing…

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

Ketika Sardinha membuka salah satu papan di bahagian tengah, kucing itu dengan sendirinya keluar dari ‘persembunyian’ tanpa perlu Sardinha memanggilnya. Mungkin ia tahu pemuda ini ingin menyelamatkannya.

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

Secepat mungkin, Sardinha memegang anak kucing itu dengan sebelah tangannya lantas mengetuk kembali papan itu sebelum turun dari tangga.

Keseluruhan proses menyelamat anak kucing itu telah dirakam dan dimuat naik di dalam laman Facebook oleh abang Sardinha.

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

“Saya berikannya air dan makanan. Selepas itu saya membawanya pulang ke rumah,” kata Sardinha.

Di rumah, Sardinha sudah memiliki tiga ekor kucing peliharaan, dia menyatakan bahawa seluruh ahli keluarganya sangat sukakan haiwan.

“Sekarang ia mempunyai rumah dan sebuah keluarga yang menyayanginya. Kami menamakannya Angelino,” kata Sardinha.

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

Kucing itu dinamakan sempena nama pemilik terdahulu kedai di sebelah kedai runcitnya.

Video yang dimuat naik itu telah mendapat lebih dari 32,000 kali tontonan dan menerima banyak komentar dari netizen seantero dunia yang memuji keperibadian Sardinha terhadap haiwan jinak itu.

Inilah video yang mendapat perhatian ramai itu. Perhatikan betapa berhati-hatinya Sardinho cuba menyelamatkan nyawa haiwan itu. Terharunya…

Parabéns meu irmão Ricardo Sardinha pela ação pelo Amor aos nosso animaizinhos

Posted by Elvis Sardinha on Friday, January 26, 2018

Kredit: Elvis Sardinha/Facebook

  • 1
  • 2
  • 3
  • ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

    Pilihan Editor

    loading...