Joost van Uffelen dan rakannya Sandy van de Water dikatakan sedang bercuti di pantai Mexico apabila mereka melihat sesuatu yang benar-benar menakjubkan di bawah permukaan laut…

Pasangan yang merupakan jurugambar bawah laut profesional, telah berenang bersama dan mengambil beberapa gambar ikan lumba-lumba di Laut Cortez. Tetapi hari itu, mereka telah dipertontonkan dengan sebuah kejadian yang cukup luar biasa, sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Keadaan laut kelihatan tenang ketika itu, tiba-tiba mereka terlihat seperti ada ikan bersayap terbang keluar dari air dan menyelam kembali ke dalam laut. ‘Kejadian’ itu berlaku beberapa kali dan mereka akhirnya memutuskan untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku di dalam laut.

Mereka kemudian memasukkan kamera ke bawah permukaan laut dan apa yang terakam melalui kamera tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan sukar dipercayai: terdapat beratus-ratus ikan “bersayap” seperti yang mereka lihat sedang terbang ke permukaan air sebentar tadi!

Pasangan itu kemudian menyelam untuk melihat sendiri ‘pemandangan’ tersebut dan benarlah ia adalah sesuatu yang benar-benar menakjubkan!

Rupa-rupanya haiwan tersebut ialah ikan pari mobula yang digelar ‘fever’. Spesies ini mungkin kelihatan aneh bagi mereka yang tidak biasa dengan kehidupan laut, tetapi bagi kedua-dua orang penyelam ini mereka tahu akan ikan ini, dan mereka juga tidak berbahaya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds