Pesona, Ria, VIDEO

Telur ini mungkin kelihatan seperti telur biasa, tetapi cuba lihat secara dekat kerana ada transformasi menakjubkan yang bakal berlaku!

Salah satu burung yang paling dikenali di Amerika ialah Toco Toucan. Spesies ini adalah spesies yang terbesar dari keluarga burung toucan dan boleh dikenali melalui dadanya yang berwarna putih, paruhnya yang berwarna oren kemerahan serta bulunya yang berwarna hitam.

Bayi Toco Toucan ini nampaknya membesar dengan begitu baik sekali haya dalam masa 43 hari. Ia pada mulanya kelihatan agak lemah dan kekok pada hari pertama hingga ke-11 dia menetas dari telurnya.

Menjelang hari ke-13 hingga hari ke-23 dia sudah mula menunjukkan perubahan. Dia sepertinya sedang mengalami waktu peralihan daripada bayi kepada burung yang lebih ‘remaja’. Apa yang paling menarik bulu-bulunya yang cantik sudah mula kelihatan!

Pada hari ke-25 hingg hari ke-43 burung ini sudah pun membesar menjadi burung dewasa. Pasti ramai yang akan kagum dengan paruhnya yang besar dan cantik itu!

Era Baru

Kategori:Pesona Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...