Bercakap mengenai makanan, ramai orang akan mengatakan mereka amat sukakan makanan laut, tambahan yang ditangkap segar dari pantai atau laut. Hidangan makanan laut yang dibakar atau digoreng ringkas supaya boleh dimakan panas-panas bersama sos pencicah istimewa. Amat menyelerakan!

Dalam pelbagai jenis makanan laut yang menjadi pilihan, pernahkah anda mencuba hidangan siput buluh atau ambal yang unik dengan rasanya yang manis dan lazat?

Bagaimana caranya menangkap siput buluh ini? Seorang lelaki British telah merakam sebuah video dan mengajar cara mudah menangkap siput buluh ini di sebuah pantai di selatan England.

Caranya sungguh ringkas. Apa yang diperlukan ialah sebotol garam dan cari lubang siput buluh di tepi pantai dan taburkan ia sambil menitikkan sedikit air laut. Dalam jangka masa beberapa saat, siput buluh akan muncul di permukaan pasir pantai.

Namun begitu, penggunaan garam untuk menangkap siput buluh sebenarnya tidak digalakkan. Ia boleh mempengaruhi pertumbuhan rumpai laut, pembiakan kitaran biologi dan menganggu ekosistem marin serta lain-lain organisme. Dengan meletakkan garam buatan akan menggandakan tahap kemasinan air laut di pantai sehingga lapan kali ganda dari kadar kemasinan semulajadi.

Anda boleh mencuba cara ini tetapi jangan terlalu kerap ya… Takut merosakkan alam sekitar pula jadinya nanti.

Lihat video di bawah.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds