Kita pasti sudah mendengar dan melihat persembahan lagu hit dan popular nyanyian Camila Cabello, “Havana” dalam pelbagai versi alat muzik termasuk piano, gitar, trumpet, biola dan lain-lain. Tetapi belum pernah lagi mendengar rakaman versi dua flut, termasuk flut ‘contrabass’.

Pemain flut popular kelahiran Afrika Selatan yang pernah memenangi anugerah berprestij Anugerah Muzik Grammy pada tahun 2014, Wouter Kellerman telah merakamkan lagu “Havana” versi dua flut, bersama iringan flut ‘contrabass’.

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Wouter Kellerman sememangnya terkenal dengan kebolehannya memberi persembahan memukau dengan kebanyakan persembahahan flut di seluruh dunia pasti mendapat perhatian dengan tiket persembahan yang sentiasa habis dijual.

Baru-baru ini Wouter Kellerman telah merakamkan lagu “Havana” dengan susunan melodi bersama iringan dua jenis flut yang sangat indah dan mempesonakan.

Tonton sendiri video rakaman lagu hit Camila Cabello, “Havana” versi tiupan flut Wouter Kellerman dibawah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds