Lompat guni atau lompat karung adalah permainan sukaneka yang lazimnya kita dapat menyaksikan ketika pada hari guru, hari keluarga dan juga hari sukaneka. Ia adalah pertandingan dimana tiga hingga lima peserta akan berlumba untuk  melompat  hingga ke garis penamat.

Tapi beberapa tahun ini, permainan tradisional itu telah “dinaik taraf” seperti dalam video itu dimana kanak-kanak di kampung menggunakan topi keledar dan menutupi badan mereka dengan karung guni.

Apabila wisel dibunyikan kanak-kanak itu memulakan lompatan mereka, gelagat mereka amat melucukan dan juga comel pada masa yang sama. Lompatan mereka bagaikan penguin tengah melompat.

Permainan ini memberi idea mudah bahawa kita boleh bermain sepanjang hari dengan  penuh gembira! Suka? Pada hari keluarga kelak, kita boleh mencuba permainan ini dan sudah tentunya menggunakan topi keledar.

Era Baru

Share
Kategori: Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds