Awal tahun ini, seorang pemuda telah melalui pengalaman yang sangat menarik dan jarang ditemputi oleh orang lain— dia mengeramkan telur sehingga ia menetas! Menarik bukan?

Pada mulanya, pemuda ini mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah rumah dan melihat sarang burung yang telah rosak, mungkin ianya terjatuh dari tempat asalnya.

Sarang burung itu tersekat di antara celahan kerusi taman yang sudah tidak digunakan lagi. Melihat sarang burung itu, pemuda ini mengesyaki bahawa ianya merupakan sarang burung bagi burung pipit dari spesies Wren, ianya adalah burung yang kedua terkecil di negaranya.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Lantas, pemuda ini memeriksa keadaan sarang burung itu, dan apa yang mengejutkan dia adalah di sebalik sarang burung itu tersembunyi telur yang sangat kecil! Ianya lebih kecil dari jejari pemuda ini.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Setelah memeriksa keseluruhan sarang dengan penuh berhati-hati, akhirnya pemuda ini menemui dua biji telur burung yang sangat kecil.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Tanpa berfikir panjang, pemuda yang teruja dengan telur yang dijumpainya inipun membawa dua biji telur itu ke rumahnya untuk mencuba menetaskan telur itu. Caranya adalah dengan proses pengeraman telur menggunakan inkubator. Dia berharap agar telur itu dapat menetas dengan baik.

Untuk permulaan, dia meletakkan dua biji telur burung itu tadi ke dalam bekas yang sangat kecil dan meletakkannya di dalam inkubator.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Menurutnya, telur itu perlu dibolak-balikkan sebanyak tiga kali setiap hari agar pertumbuhan embrio di dalam telur itu boleh berjalan dengan lancar. Empat hari kemudian, pemuda ini cuba untuk melihat sama ada telur-telur tersebut berjaya dikeram sebaiknya atau tidak.

Caranya begitu mudah, dia melihat isi dalam telur burung itu dengan menggunakan simbahan cahaya LED dari telefon bimbitnya.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Malangnya, telur yang pertama tidak berjaya dikeram dengan baik. Tiada apa-apa yang berlaku di ‘dalam’ telur itu. Walau bagaimanapun, dia sangat terkejut apabila mula memeriksa telur yang kedua. Ya, eksperimennya telah berjaya! Telur yang kedua menunjukkan pertumbuhan yang positif!

Pemuda yang gembira dengan berita itu lantas meletakkan semula telur itu di dalam inkubator dan sering kali membolak-balikkannya.

Suatu hari, telur itu sudah menetas! Tetapi malangnya, pemuda ini tidak berkesempatan untuk menyaksikannya.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Anak burung itu sangatlah kecil, tetapi mempunyai tenaga yang kuat. “Ianya kuat, kecil, tetapi kuat,” kata pemuda itu. Anak burung yang kecil itu mahukan makanan.

Tetapi, sekali lagi pemuda itu diuji. Dia tidak tahu apa yang boleh diberikan kepada anak burung sekecil itu. Tiba-tiba, dia teringat bahawa dia mempunyai pokok bunga ros di halaman rumahnya.

Apapun yang terjadi anak burung ini perlu diberikan makanan!

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Pemuda ini memberikan hama kutu putih yang diambil dari bunga ros untuk diberikan kepada anak burung yang kelaparan itu. Ia kelihatan sangat lapar!

Sedikit demi sedikit pemuda ini menyuapkan hama kutu putih itu kepada anak burung tersebut. Menariknya, pemuda ini akan bersiul kecil untuk memanggil anak burung itu agar ia sedar kehadiran ‘ibu’ yang ingin memberi makanan kepadanya. Comel!

Tetapi, 10 minit kemudiannya ia kembali meminta makanan, lagi dan lagi sehingga pemuda itu kehabisan ‘stok’ hama kutu putih untuk diberikan.

10 minit terlewat dari memberikan makanan, anak burung yang sangat kecil itu kembali lemah. Ia tidak mampu memberikan respons yang baik kepada pemuda itu lagi.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Pemuda itu kemudiannya cuba memberikan anak burung itu nyamuk untuk dimakan. Nasibnya begitu baik kerana anak burung itu kembali bertenaga.

Pemuda yang budiman itu sedar bahawa dia memerlukan bilangan nyamuk dan serangga yang banyak agar anak burung itu dapat terus hidup sehingga dewasa, atau setidak-tidaknya sehingga ia boleh terbang.

Tanpa berlengah lagi, pemuda itu pergi taman dan menangkap serangga-serangga yang ada dan menyimpannya di dalam sebuah balang kaca.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Hasilnya, anak burung itu mendapat bekalan makanan yang mencukupi! Hari demi hari, anak burung itu semakin sihat dan membesar. Bukan itu sahaja, bulu-bulu di badannya juga kelihatan semakin tumbuh dan melebat.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Beberapa hari kemudian, bulu-bulu di seluruh tubuhnya sudahpun tumbuh sepenuhnya! Pemuda ini masih lagi meletakkan anak burung itu di dalam inkubatornya, bezanya, bekas bagi burung itu sudahpun ditukar kepada yang lebih besar agar burung itu selesa.

Pemuda ini cuba untuk tidak membiarkan burung itu keluar dari bekasnya, namun dia gagal. Burung itu semakin bertenaga dan berjaya meloloskan diri dari bekasnya.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Melihat kelakuan burung itu, tahulah pemuda ini bahawa burung itu sudah bersedia untuk dilepaskan dan dia tidak seharusnya menyimpan burung itu di dalam ‘sangkarnya’ lagi.

Kredit: A Chick Called Albert/YouTube

Dan buat kali terakhir, pemuda ini merakam gambar anak burung yang dikasihinya itu dengan begitu banyak, kerana dia tahu bahawa dia mungkin tidak akan bertemu dengan burung itu lagi.

Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana kasihnya pemuda ini kepada anak burungnya. Sayu hati admin melihat pengakhiran video ini. Selamat bebas anak burung!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds