Zach King dilahirkan pada 4 Februari 1990, adalah seorang bintang ‘Vine Amerika’, beliau merupakan penggiat filem dan juga seorang personaliti ‘YouTube’ yang berpusat di Los Angeles.

Dia terkenal dengan video ‘silap matanya’. Melihatkan dia melakukan ‘silap mata’ pasti akan membuatkan anda menatapi kagum seperti yang kita boleh lihat dalam klip video, beliau menukarkan buah-buahan kepada snek bijirin, memindahkan lubang golf dan juga memadam awan di langit.

Saya percaya pasti ramai orang akan berfikir dan mengatakan bagaimanakah dia melakukannya. Seperti yang dikatakan, beliau adalah seorang penggiat filem dan silap mata yang dilakukan itu sebenarnya rakaman video digital yang telah disunting sebanyak enam kali membuatkan seolah-olah dia melakukan silap mata. Dia menggelar videonya sebagai ‘Muslihat Tangan Digital’, dan menyiarkan video di laman YouTube pada tahun 2008 dan pada tahun 2013 dia mula menghantar videonya ke aplikasi Vine.

Jika kita tidak mengetahui kerjayanya sebagai penggiat filem, sudah tentu ia sangat meyakinkan kita bahawa dia sebenarnya pakar ahli silap mata.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds