HIBURAN, INSPIRASI, Ria, VIDEO

Lihat apa yang lelaki ini lakukan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Terbahak dibuatnya!

Lihat apa yang lelaki ini lakukan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Terbahak dibuatnya!

Seorang penunggang motosikal berjaya menjadi tontonan umum yang menghiburkan setelah video yang merakamkan aksinya melakukan tarian poco-poco menjadi tular di media sosial.

Kejadian melucukan ini dipercayai berlaku di Indonesia menunjukkan bagaimana lelaki itu cuba menggunakan waktu yang terluang sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau.

Dalam video berdurasi selama 54 saat ini, kelihatan penunggang berkenaan yang memakai jaket berwarna biru terang telah memberhentikan motosikalnya dan persimpangan berkenaan dan terus melakukan aksinya!

Setelah selesai melakukan dua pusingan tarian poco-poco sebelum menaiki motosikalnya dan berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku. Penularan video in bukan sahaja hangat diperkatakan di Indonesia tetapi juga oleh netizen Malaysia.

Tulis seorang netizen, “Kat Melaka elok lah buat macam ini. Merah sangat lama. Hijau dia, belum sempat masuk gear dah merah balik”.

Seorang lagi memberi komen, “Kat Melaka bandaraya lampu isyarat lagi lama. Kau boleh cangkul, tanam pokok kat tepi itu”.

Kreatif sungguh lelaki ini. Daripada membuang masa menunggu lampu isyarat bertukar hijau, apa salahnya dia melakukan poco-poco. Hahahahaha!

Tonton video melucukan ini di bawah:

Sumber: Facebook

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...