INSPIRASI, VIDEO

Kejadian ragut berlaku di hadapan mata seekor anjing. Apa yang dilakukan anjing ini pasti akan membuatkan anda bertepuk tangan

Siapa kata haiwan tidak mempunyai perasaan? Kadangkala, sifat berperikemanusiaan haiwan adalah jauh lebih tinggi berbanding sesetengah manusia. Haiwan tidak pernah membuang anak-anak mereka, tidak seperti manusia yang menggugurkan anak sesuka hati dan membuang ke dalam tong sampah dan sebagainya.

Dalam satu video yang sangat mengejutkan ini, anda boleh lihat seorang peragut sedang mendekati mangsanya yang merupakan seorang wanita. Sebaik sahaja dia menghampiri wanita tersebut, dia terus meragut beg dengan kasar sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh ke jalan.

Akan tetapi, sewaktu kejadian jenayah ini berlaku, ada seekor makhluk yang melihat segala kejadian ini dan terus mengambil keputusan untuk membalas perbuatan jahat lelaki berkenaan.

Anjing jalanan ini kemudiannya bertindak mengejar lelaki terbabit dan menggigit kakinya dengan sekuat hati! Dia turut menyalak dengan garang kepada lelaki itu sehingga membuatkannya lari bertempiaran.

Kisah anjing wira ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Setelah membalas perbuatan lelaki itu, anjing ini kemudiannya kembali semula kepada wanita berkenaan seolah-olah untuk memastikan wanita itu cedera atau tidak.

Anjing yang sangat budiman! Detik ini pasti akan menjadi detik yang tidak boleh dilupakan oleh wanita itu mahupun peragut berkenaan.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...