Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak handalan dunia yang berasal dari Portugis. Kehebatannya dalam bermain bola sepak ternyata tidak dapat disangkal lagi apabila beliau telah menerima banyak anugerah berprestij termasuk menjadi individu pertama yang memenangi empat Kasut Emas Eropah! Tetapi, mampukah anda mengenali beliau sekiranya beliau menyamar seperti seorang gelandangan?

Dalam satu eksperimen sosial yang dilakukannya, Ronaldo telah menyamar dengan menjadi seorang gelandangan dan memaparkan kehebatannya dalam menggelecek bola bersama sekumpulan kanak-kanak.

Kredit: BLes Inspirador

Tindakan Ronaldo ternyata bukan sahaja meraih perhatian kanak-kanak tetapi juga orang ramai yang berada di tempat kejadian.

“Hebat sungguh gelandangan ini bermain bola. Seperti seorang profesional!”.

Kredit: Daily Mail

Mungkin itu yang bermain di fikiran orang ramai ketika itu yang kelihatan terpesona dengan kehandalan beliau tanpa menyangka gelandangan itu adalah bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo!

Kredit: Daily Mail

Setelah bermain-main dengan mereka, Ronaldo akhirnya mendedahkan dirinya yang sebenar dengan menanggal rambut dan jambangnya.

Orang ramai yang melihat pembongkaran rahsia itu kemudian memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.

Hebat, memang hebat. Tiada tandingannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: SUKAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds