Kanak-kanak yang seawal usia 5 tahun ini mempunyai impian pekerjaan yang serius untuk mengendalikan jentera berat seperti jentera pengorek! Video yang dirakamkan ini boleh dilihat seorang budak lelaki menggunakan sebuah mesin berbentuk pengorek yang diperbuat daripada beberapa batang besi untuknya ‘bekerja’ secara serius.

Budak kecil itu dengan serius mengendalikan jentera buatan sendiri itu dengan mengorek dan meletakkan pasir ke dalam bekas tin yang diletakkan di hadapannya. Melihatnya begitu fokus melakukan ‘kerja’, dia pasti menanam impian untuk menjadi seorang pengendali jentera berat.

Kaedah bermain sambil belajar seperti inilah patut diselami oleh kanak-kanak pada usia sebegini ini dengan memberi mereka peluang bagaimana melakukan pekerjaan orang dewasa.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds