Ketika ramai orang yang pernah merasai pengalaman di ambang maut atau kematian dengan mendakwa melihat apa yang dipercayai mereka sebagai syurga, seorang wanita mendakwa dia telah mati tetapi kemudian kembali ke kehidupan di dunia kerana telah melihat perjalanannya ke neraka sebelum dirinya diselamat dan dibangkitkan oleh ahli paramedik.

Oleh kerana telah melihat dan merasai pengalaman itu, kini wanita ini berasa takut dia mungkin tidak dapat melepaskan diri dari neraka apabila masa sebenar kematiannya akan tiba.

Wanita ini dengan nama samaran Audra telah berkongsi pengalamannya di dalam laman web ‘Near Death Experience Research Foundation’ (NDERF).

Audra mempercayai dia telah mengembara ke alam lain yang dipercayai melalui pengalaman ke neraka, selepas mengalami serangan sawan yang teruk yang telah menyerang keseluruhan otaknya.

Menurut Audra, melalui pengalaman itu, dia telah jatuh ke dalam lubang sempit yang hanya cukup bagi dirinya seorang sahaja melaluinya.

Semasa sedang jatuh, Audra telah cuba untuk berpegang kepada dinding di dalam lubang itu apabila kesemuanya sedang runtuh

Kredit : Life Hope and Truth

Audra menulis, “Semuanya berbau seperti tar dan saya dapat merasakan bagaimana kasarnya ia di antara jari-jari tangan saya. Saya tidak dapat melihat apa yang berada di atas atau di bawah. Terdapat seperti butiran keras berasap dan berdebu yang berterbangan di mana-mana, terutama di atas muka saya. Saya tidak dapat bernafas dan mula menjerit, “Tolong! saya tidak dapat bernafas!” Tetapi, lagi kuat saya menjerit, lagi pantas saya telah jatuh ke bawah.”

Walaupun pengalaman yang diceritakan ini telah membuat ramai orang yang menggelengkan kepala dengan berkata minda telah memperdayanya, Audra kini mempercayai bahawa sememangnya dia menuju ke neraka apabila sedang berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri dan hampir maut itu.

Pada Audra, tiada persoalan tentang pengalamannya ini benar-benar berlaku, walaupun pada hakikat sebenar dirinya tidak pernah mempercayai kewujudan neraka sebelum ini.

Pengalaman di ambang maut Audra benar-benar telah membuat dirinya menjadi trauma. Namun begitu, kini ia telah memberi kesan kepada dirinya untuk hidup dengan lebih positif. Kerana disebabkan takut masuk ke neraka telah membuat dirinya menjadi insaf dan mula menghargai kehidupan. Audra merasakan dirinya lebih layak memasuki tempat lain selain dari neraka apabila berada di akhirat kelak.

Setelah mengalami pengalaman di ambang maut ini, Audra kini telah berusaha untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik, supaya apabila tiba masanya untuk pergi ke alam lain, neraka bukan tempatnya.

Kredit : Waking Times

Audra telah berkongsi, “Saya meneruskan kehidupan dengan sentiasa berfikir pernah melalui pengalaman menakutkan itu, dan saya berusaha untuk hidup lebih baik selama berada di dunia ini demi mendapat tempat yang sepatutnya di alam lain kelak. Walaupun saya berbuat baik, saya sentiasa menimbang dan meneliti sama ada saya telah berbuat baik untuk mereka atau untuk diri sendiri. Saya berasa gembira untuk menyatakan telah menjadi seorang yang lebih baik kini berbanding dahulu. Tetapi tidak terlalu gembira kerana pernah mengalami pengalaman perjalanan di ambang maut itu.”

Setiap ajaran agama mempunyai pandangan dan pendapat tentang syurga dan neraka. Terpulang kepada ajaran agama masing-masing untuk mempercayai atau tidak pengalaman Audra ini.

Sumber : Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds