Pernahkah anda berhapan dengan situasi di mana tempat meletak kereta yang ada hanya sebuah ruang yang terlalu sempit? Jika berlaku pada admin, pastinya admin akan menyerah kalah dan terus mencari ruangan tempat meletak kereta yang lain.

Di dunia ini memang begitu banyak orang yang sangat mahir memandu, tetapi sesetengah orang tidak dikurniakan kemahiran untuk meletak kereta dalam keadaan yang sempurna, biarpun dalam ruangan parkir yang luas!

Sering sahaja kereta yang dipandu diletakkan dalam keadaan yang senget, tayar kereta terkeluar dari kotak parkir ataupun kereta diletakkan terlalu rapat dengan kereta di kotak parkir sebelah. Menyusahkan sungguh!

Kredit: 爆料公社/Facebook

Berbeza pula halnya dengan wanita yang dirakam oleh orang awam di China ini. Wanita tersebut dilihat memandu sebuah kereta yang agak besar saiznya dan kejadian menjadi lebih menarik apabila dia berusaha untuk meletakkan keretanya di ruangan yang sangat sempit.

Bayangkan, di hadapannya mempunyai sebatang tiang elektrik, di bahagian belakang kotak parkir itu pula dipenuhi oleh motosikal! Ianya begitu sempit!

Kredit: 爆料公社/Facebook

Namun, wanita itu berusaha juga untuk meletakkan keretanya di ruangan itu. Perlahan-lahan dia berulang kali memandu keretanya ke hadapan dan ke belakang agar dapat masuk ke dalam kotak parkir.

Sangat menakjubkan apabila keretanya sedikitpun tidak bersentuhan dengan motosikal yang dihenti di bahagian belakang malah dia juga berjaya tidak melanggar tiang elektrik di bahagian hadapan keretanya. Kemahiran wanita ini sangat mengagumkan!

Kredit: 爆料公社/Facebook

Video ini dimuat naik oleh perakam dan menerima banyak komentar dari netizen.

“Hebatnya wanita ini!”

“Kemahiran wanita ini lain dari yang lain.”

Cuba anda tonton video ini, adakah anda boleh melakukan perkara sebegini? Pastikan tidak terlanggar apa-apa ya!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds