INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Tiada siapa suka apabila diganggu ketika sedang berangan, begitu juga halnya dengan burung ini. Sudahlah cantik, bijak pula!

Tiada siapa suka apabila diganggu ketika sedang berangan, begitu juga halnya dengan burung ini. Sudahlah cantik, bijak pula!

Siapa sangka burung kakak tua juga boleh menyuruh rakannya untuk senyap. Paling comel sekali kerana ianya siap dengan aksi jari diletakkan di mulut sambil mengatakan “shhhh!”

Ya, anda tidak tersalah baca! Burung kakak tua yang melakukannya, bukan manusia biasa! Menerusi video yang dimuat naik oleh Mrglassparrot menunjukkan reaksi burung kakak tua yang berusia dua tahun berasa terganggu dengan bunyi bising rakannya ketika ia sedang sibuk melihat dirinya di cermin.

Sangat menarik perhatian apabila burung yang bijak ini mengeluarkan isyarat itu saling tak tumpah seperti kelakuan manusia.

Perlakuan burung kakak tua yang cantik itu sekali gus menghiburkan tuannya yang pertama kali melihat kejadian sebegitu. Siapa sangka sampai begitu sekali bijaknya burung ini boleh meniru tingkah laku manusia bukan?

Burung-burung sememangnya haiwan yang sangat bijak!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...