15 April 2018 menyaksikan wira negara yang disayangi ramai, Lee Chong Wei, menjuarai emas Sukan Komanwel buat kali yang ketiga bagi acara badminton perseorangan menewaskan pemain lelaki ranking terbaik dunia, Kidambi Srikanth.

Kredit: AFP

Free Malaysia Today melaporkan, Srikanth yang berusia 25 tahun baru sahaja mencapai tempat yang pertama di dunia dalam ranking lelaki bermula Khamis lalu, 12 April.

Manakala, Lee Chong Wei yang berumur lebih dari sedekad berbanding Srikanth, kini menduduki tempat yang ketujuh di dunia.

Pada pusingan pertama perlawanan akhir tersebut, Srikanth telah mendahului dengan kutipan mata 21-19, seterusnya Lee Chong Wei bangkit semula dan mendahului dengan kutipan mata 21-14 dalam pusingan kedua. Akhir sekali, pemain veteran Malaysia yang sangat berbakat itu memenangi pusingan akhir dengan kutipan mata 21-14.

Kredit: Yazit Razali/New Straits times

Kemenangan Lee Chong Wei ini bermakna beliau berjaya mengekalkan rekod 13 kemenangan tanpa kalah dalam acara perseorangan lelaki bagi tiga edisi, lapor New Straits Times.

Kredit: Yazit Razali/New Straits times

Tamatnya perlawanan, Chong Wei kelihatan rebah di gelanggang setelah berhempas pulas membawa kemenangan buat negara tercinta.

Lee Chong Wei, yang kini semakin hampir dengan pengakhiran kerjayanya, mempunyai koleksi trofi yang membanggakan negara termasuklah lima pingat Komanwel, yang mana tiga daripadanya adalah pingat emas, dan tiga pingat perak bagi Sukan Olimpik.

Kredit: Saeed Khan/AFP

Dengan kemenangan yang dibawa oleh Lee Chong Wei ini, Malaysia telah mencapai sasaran pingat dalam Sukan Komanwel 2018, iaitu enam pingat emas.

Chong Wei menyertai bekas pemain antarabangsa, Koo Kien Keat sebagai atlet negara paling berjaya di Sukan Komanwel, menurut New Straits Times.

“Ini adalah salah satu pencapaian saya yang paling diingati kerana ia adalah acara Sukan Komanwel terakhir buat saya”

Kredit: Reuters

“Saya tahu betapa pentingnya pingat emas ini buat Malaysia. Saya memenanginya untuk semua pasukan badminton Malaysia,” kata Lee Chong Wei.

Tahniah Lee Chong Wei, terima kasih! Kami rakyat Malaysia selamanya akan berbangga dengan pencapaianmu!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds