Ria, VIDEO

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun tidak boleh memutuskan sama ada mahu terlelap atau teruskan memakan aiskrim. Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk…

Sebagai seorang kanak-kanak, perkara yang paling menyeronokkan bagi mereka adalah bermain seharian di luar dan dihidangkan sebuah aiskrim sebagai tanda berehat. Seorang anak kecil ini berasa penat setelah seharian bermain di luar tetapi tidak mahu melepaskan peluang untuk merasa sebatang aiskrim kon.

Pada waktu itu, gelagat lucu budak yang mengantuk sambil meneruskan untuk memakan aiskrim tersebut dirakam oleh ibu bapanya.

“Adakah awak letih?” Ibunya bertanya. Namun sebutan yang dikatakan Kayla tidak dapat difahami oleh ibunya, memandangkan waktu itu dia telah tidur, dan mulutnya juga penuh dengan ais krim.

Kayla hanya terjaga apabila dia secara tidak sengaja menjatuhkan ais krim konnya. Dia cepat-cepat mengambilnya untuk makan semula dan selepas itu dia meneruskan untuk tidur semula.

Era Baru

Kategori:Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...