Pesona, VIDEO

Sebaik sahaja muzik dimainkan, orang ramai mula berkumpul, gemuruh dan bertepuk tangan melihat apa yang berlaku

Persembahan jalanan di New York City amat mengagumkan sehingga orang ramai mula membuat rakaman video, dan ia juga akan membuatkan anda ternganga melihat kumpulan berbakat ini membuat persembahan mereka.

Selalunya persembahan tarian jalanan ini bermula dengan tarian hip-hop dimana mereka membuat persembahan solo dengan melakukan beberapa aksi lompatan backflips, somersaults, dan lain-lain aksi yang semakin kompleks sebelum persembahan akhir.

Pada akhir-akhir persembahan ini, penghibur jalanan ini mula mencari sukarelawan untuk berdiri, berbaris, dan bergembira di tengah-tengah bulatan pentas mereka. Mereka memanggil budak lelaki, dua orang wanita remaja, dan seorang lelaki dari khayalak penonton untuk membantu mereka melakukan persembahan.

Semasa persediaan dijalankan dan bunyi bertepuk tangan yang berirama kepada pukulan muzik sebagai persembahan penutup. Kemudian, penari itu mula berlari pantas kearah sukarelawan yang dikumpulkan mereka.

Sumber: YouTube | Alison Tarrayo.

Era Baru

Kategori:Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...