Bagi yang pernah menonton filem-filem berunsurkan jerung pasti anda akan berfikir panjang untuk melakukan apa yang dilakukan penyelam ini. Anda juga pasti akan terkejut mengapa penyelam ini tidak takut-takut malah begitu berani untuk cuba berkawan dengan spesies ganas seperti ini. Bukankah jerung boleh membunuh?

Jangan risau, nampaknya jerung di dalam video ini nampaknya tidaklah ganas seperti jerung di dalam filem The Shallows malah jerung ini bahkan boleh ‘menari’ bersama penyelam tersebut.

Jerung spesies tiger shark ini dikatakan telah biasa menerima kehadiran seorang penyelam skuba, Eli Martinez sejak lapan tahun yang lalu. Jadi, mungkin kerana sudah biasa dengan ‘tetamunya’ jerung seberat kira-kira  907kg sepertinya mempunyai hubungan yang baik dengan lelaki itu.

“Saya datang ke Tiger Bay setiap tahun, dan jerung di sini mempercayai saya jadi saya telah melakukan satu ‘trick’ kepadanya,” kata Eli seperti yang dipetik dalam video tersebut. Percaya atau tidak dia berjaya membuatkan jerung itu melakukan aksi hebat menggunakan tapak tangannya.

Jerung spesies ini adalah jerung paling berbahaya kepada manusia dan untuk melihat jerung spesies ini berinteraksi dengan manusia di habitat semula jadi mereka seperti di dalam video ini adalah sesuatu yang cukup luar biasa!

Kredit: YouTube | StoryTrender.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds