Tupai merupakan sejenis binatang yang kita sedia maklum sangat aktif. Jarang sekali kita melihat tupai yang hanya duduk bersantai, bukan? Kebiasaannya, mereka akan ke hulu dan ke hilir bermain-main ataupun mencari makanan.

Malang bagi seekor tupai yang secara tidak sengaja terkena renjatan elektrik dari saluran kuasa di Colombia. Namun, ia sangat bertuah kerana kejadian itu telah disaksikan oleh sekumpulan pemuda yang segera membantunya.

Bagaimana caranya? Seorang pemuda mengambil tupai malang itu dan membaringkannya di atas motosikal lalu menekan-nekan dan mengurut bahagian dada tupai itu. Beberapa ketika juga pemuda itu cuba membuka mulut tupai itu agar udara boleh masuk ke dalam rongga mulutnya. Kemudian, pemuda itu kembali mengurut bahagian dada tupai itu.

Tidak lama kemudian, tupai itu kelihatannya sudah kembali bernyawa! Ternyata usaha pemuda itu membuahkan hasil. Pemuda yang gembira dengan keadaan itu menepuk-nepuk manja tupai itu agar tupai itu kembali sedar seperti sediakala. Ia sangat comel!

Setelah benar-benar sedar dari ‘koma’ itu, tupai itu terus melompat dari motosikal pemuda itu dan berlari ke kawasan lain. Yang pastinya, dia berterima kasih kepada pemuda yang telah menyelamatkan nyawanya itu! Comel sungguh!

Video di bawah ini merupakan situasi apabila pemuda itu berusaha untuk melakukan bantuan CPR kepada tupai malang itu.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds