Kisah ini dikongsikan oleh Dennis Borowski yang berusia 27 tahun dan berasal dari Escanaba, Michigan mengenai pengorbanan yang sanggup dilakukannya demi ibu tercinta.

“Saya adalah seorang lelaki biasa. Saya mempunyai kehidupan yang normal. Tapi baru-baru ini, saya telah diberikan peluang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.”

Hari di mana saya mendapat perkhabaran tentang ibu saya yang jatuh sakit. Dua tahun lalu, saya sedang menikmati secawan kopi di pagi yang biasa, pergi bekerja, pulang ke rumah untuk menikmati makan malam dan berbaring di atas katil. Secara tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada nenek.

Saya agak pelik kerana nenek menghubungi saya pada waktu malam. Pada ketika itulah saya diberitahu bahawa ibu saya telah dimasukkan ke hospital…

Mendengarkan sahaja berita itu, jantung saya terus berderau dan fikiran saya memikirkan perkara-perkara yang negatif. Menurut nenek, ibu sudah seminggu jatuh sakit dan mereka telah membawanya untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa hari kemudian, satu lagi berita mengejutkan telah membuatkan saya tidak mampu tidur malam lagi.

Doktor memaklumkan bahawa ibu mengalami kegagalan buah pinggang dan didiagnos dengan sindrom Goodpasture (GPS). GPS merujuk kepada penyakit auto imun yang menyerang buah pinggang dan paru-paru. Ibu telah disenaraikan dalam senarai pesakit-pesakit yang perlu menjalani pemindahan buah pinggang.

Semasa ujian darah peringkat awal, saya disahkan sebagai penderma yang sesuai untuk ibu. Namun pada ujian peringkat kedua, kami diberitahu darah kami tidak mampu ‘menyesuaikan diri’. Saya sangat kecewa.

Melihat ibu kandung sendiri merana adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Ibu mula keguguran rambut, sentiasa kesejukan dan sakit lutut.

Kemudian pada musim sejuk tahun 2016, kami diberi peluang untuk menjalankan pendermaan buah pinggang. Dalam kes ini, saya akan mendermakan buah pinggang saya kepada pesakit yang sesuai manakala ibu pula akan menerima buah pinggang baharu daripada penderma lain.

Setelah lulus pelbagai ujian dan menunggu masa selama beberapa bulan, kami akhirnya menemui penderma yang sesuai! Jadi pada tanggal 26 Februari 2018, kami menjalani beberapa siri ujian darah sebelum dibenarkan untuk pembedahan pada 20 Mac.

Saya berasa saya takut tetapi yakin ibu berada di tangan doktor-doktor pakar yang akan menjayakan pembedahan ini. Saya mencium pipi ibu sebelum dia dibawa masuk ke bilik bedah. Dua jam kemudian, kami dimaklumkan bahawa pembedahan berkenaan berjaya!

Saya kemudian pulang ke hotel untuk melelapkan mata. Saya sangat letih dan gementar untuk menjalani pembedahan. Seminggu sebelum pembedahan, saya cuba untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Saya berhenti mengambil minuman keras, bersenam setiap hari dan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kesihatan saya terjamin.

Tiba masanya untuk saya menjalani pemindahan buah pinggang. Selepas dua jam lebih, saya akhirnya sedar dan segalanya berjalan dengan lancar. Saya minta untuk dibawa bertemu dengan ibu. Sebaik sahaja melihat wajahnya, saya menjadi gembira dan lega.

Ibu memeluk saya dengan penuh kasih sayang. Katanya, saya adalah wiranya.

Inilah erti pengorbanan yang sebenar demi memastikan keluarga tercinta sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Semoga kedua-dua beranak ini dikurniakan dengan kesihatan yang baik.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds