KUALA LUMPUR – Malaysia mengalu-alukan kedatangan pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225, buat kali yang ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April yang lalu.

Kredit: NasSuha_/Twitter

Kredit: NasSuha_/Twitter

Pesawat yang diberi nama Mriya, yang membawa maksud “impian” atau “inspirasi” dalam bahasa Ukraine, telah mendarat di KLIA pada jam 7.10 pagi bagi perhentian ketiga selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi untuk menghantar kargo berat, lapor Bernama.

Kredit: Malaysia Airports/Twitter

Malaysia merupakan satu-satunya negara Asean yang terpilih bagi pendaratan pesawat terbesar itu, dengan pendaratan sulungnya pada tahun 2007, untuk menghantar lima buah helikopter bagi tujuan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi.

Pesawat itu juga pernah mendarat di Malaysia buat kali kedua pada tahun 2016 untuk tujuan mengisi bahan bakar.

Dengan ukur panjang 84 meter dan ketinggian 18 meter, pesawat itu kini merupakan pesawat terpanjang dan terberat di dunia, setanding dengan bangunan lima tingkat.

Kredit: NasSuha_/Twitter

Kredit: NasSuha_/Twitter

Pesawat yang sangat besar ini boleh membawa muatan seberat maksimum 640 tan metrik, dengan dikuasakan oleh enam buah enjin, dilengkapi dengan 32 buah tayar dan mempunyai sayap berukuran 88 meter setiap satu, lapor ketua juruterbang Mriya, Antonov Dmytrow kepada Bernama.

Kredit: NasSuha_/Twitter

“Pesawat ini mula dibangunkan pada tahun 1980-an untuk kegunaan Kesatuan Soviet membawa pesawat ulang-alik di bahagian atasnya,” kata juruterbang yang berpengalaman menerbangkan pesawat kargo selama 16 tahun itu.

150 orang di KLIA cukup bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri pesawat itu apabila ia mendarat di lapangan terbang untuk mengisi bahan bakar.

Mohamad Nor Fathin Zulkifli, juruteknik Malaysia Airlines, menyifatkan pengalaman itu sebagai “peluang sekali seumur hidup.”

Kredit: NasSuha_/Twitter

Kredit: NasSuha_/Twitter

Turut hadir bagi menyambut Mriya di KLIA ialah Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo, yang menyatakan kebanggaannya terhadap ciptaan rakyat Ukraine itu.

Kredit: NasSuha_/Twitter

“Saya sangat gembira dengan ketibaannya di Malaysia agar rakyat Malaysia dapat melihatnya dengan mata mereka sendiri,” katanya.

“Saya berharap agar kerajaan Malaysia dan syarikat tempatan di sini dapat menggunakan perkhidmatan pesawat ini dengan lebih kerap dan kami akan membantu dengan sebaiknya bagi memudahkan prosedur mengangkut atau menghantar peralatan mahupun asset dari sini.”

Inilah gambar-gambar pesawat terbesar di dunia ini, sangat mengagumkan!

Kredit: NasSuha_/Twitter

Kredit: Bernama

Kredit: Bernama/Twitter

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds