GAYA HIDUP, Resipi

Jom cuba resipi bendi celup tepung yang rangup ini. Pasti anak-anak seronok meratah tanpa tahu ia sebenarnya sejenis sayur!

Jom cuba resipi bendi celup tepung yang rangup ini. Pasti anak-anak seronok meratah tanpa tahu ia sebenarnya sejenis sayur!

Jangan katakan kanak-kanak, semasa kita kecil dahulu juga kita tidak sukakan sayur. Kalau boleh, kita tidak mahu ada sebarang warna hijau di dalam makanan kita. Jika tidak, kita pasti akan merengek pada si ibu. Kasihan ibu~

Memberi anak makan sayur-sayuran merupakan salah satu tugas yang amat sukar untuk dilaksanakan. Tak kira apa jua helah yang para ibu gunakan, pasti tidak menjadi. Tapi jangan risau, kali ini pasti menjadi.

Apa kata anda cuba resipi bendi celup tepung? Hidangan ini bukan sahaja enak dimakan bersama nasi putih panas-panas tetapi juga boleh dijadikan sebagai kudapan. Apa yang penting, anak-anak pasti tidak akan perasan warna hijau sayur itu setelah digoreng rangup.

Bahan-bahannya:

  • Tepung goreng jenama Bestari
  • Sayur bendi
  • Telur
  • Lada hitam, lada putih atau serbuk cili untuk menambah rasa pedas

Cara membuat:

Pertama sekali, celupkan bendi ke dalam telur. Tujuannya adalah untuk membolehkan tepung melekat pada sayur anda dengan mudah dan tidak akan tertanggal semasa proses menggoreng.

Setelah itu, gaulkan bendi ke dalam tepung. Pastikan bendi disalut tepung dengan baik. Jika anda mahukan kepedasan, boleh tambahkan sedikit lada hitam, lada sulah atau serbuk cili ke dalam tepung.

Gorengkan bendi yang telah dicelup tepung ke dalam minyak. Goreng sehingga bertukar warna menjadi keperangan.

Angkat dan toskan minyak. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja pada bila-bila masa. Enak juga dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama secawan kopi atau teh panas.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

Sumber: Jastia Taza

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Resipi

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...