“Apabila saya mendapati saya hamil lagi pada bulan Julai 2017, saya dan suami terkejut, tetapi kami tidak tahu pula yang kami akan benar-benar terkejut. Pada mulanya, saya ada mengesyaki bahawa ‘mungkin’ saya sedang hamil, namun saya abaikan perasaan itu kerana dua orang rakan saya baru mendapat berita kehamilan mereka. Jadi saya fikir bahawa ianya hanya perasaan saya sahaja. Walau bagaimanapun, apabila akhirnya saya mendapat pengesahan bahawa keluarga kami akan bertambah pada bulan Mac 2018, nah, pada ketika itulah kami memang sebenar-benarnya terkejut.

Pada mulanya, saya menjangka bahawa kehamilan ini sama seperti kehamilan pertama saya. Seperti dahulu, saya akan mengidam makanan yang pelik, makan dengan banyak, berat bertambah sebanyak 20 pound, dan akhirnya melahirkan bayi yang indah pada minggu ke-40! Namun, untuk kehamilan kali ini, saya mula mengidam pelbagai jenis makanan, tetapi saya tidak dapat memakannya! Saya tidak boleh makan apa-apa. Berat badan juga tidak meningkat naik, malah berkurang pula.

Hal ini sangat mengejutkan saya, kerana saya percaya bahawa apabila mengandung, anda pasti akan menambah berat badan. Doktor meyakinkan saya bahawa perkara ini tidak bermasalah dan bayi saya membesar dengan normal.

Saya merasakan bahawa saya seperti pertama kali menempuh alam kehamilan kerana mana tidaknya, hampir semua perkara saya rujuk kepada doktor. Saya tidak pernah tahu kehamilan boleh menyebabkan hidung berdarah. Saya juga mengalami kesakitan di bahagian yang saya tidak pernah tahu akan boleh sakit.

Kredit: Simply B Photography

Genap minggu ke-20, kami dapat mengetahui jantina bayi kami— ianya perempuan! Sekali lagi, satu lagi kejutan. Saya yakin selama ini bayi yang dikandung itu adalah bayi lelaki. Hal ini kerana kedudukan bayi itu bertentangan kutubnya dengan kehamilan saya yang sebelum ini.

Tanggal 4 Mac, hari Ahad, saya bangun tidur dengan segar, buat pertama kalinya. Lantas saya menyediakan sarapan buat keluarga saya. Kami meluangkan masa bersama-sama di garaj. Biasanya saya akan mudah berasa penat, tetapi anehnya tidak buat hari itu.

Pada sebelah petangnya, air ketuban saya pecah. Saya dengan sikap degil tetap berkeras tidak mahu ke hospital kerana sepatutnya saya bersalin dalam masa dua minggu lagi. Namun, suami saya, Chris memujuk saya untuk tetap pergi ke hospital, setidak-tidaknya untuk memeriksa keadaan bayi.

Saya pun bersetuju dan kami menuju ke hospital. Setibanya di hospital, saya telah dimasukkan ke wad pesakit. Tiada lagi masa dua minggu untuk saya, bayi ini akan keluar tidak lama lagi.

Kredit: Simply B Photography

Setelah 15 jam di dalam dewan bersalin, saya sudah terlalu penat. Saya begitu lemah. Tetapi saya tahu bahawa saya masih perlu berusaha kerana bayi saya masih belum keluar.

Jururawat meyakinkan saya bahawa saya hanya perlu berusaha untuk mengeluarkan bayi selama lima minit sahaja lagi. Saya meletakkan seluruh kepercayaan saya kepadanya. Ketika itulah, jururawat saya, Lindsay, memandang saya dengan senyuman yang lebar dan berkata, ‘dia mempunyai rambut!’ Saya tidak terkejut. Anak perempuan pertama kami dilahirkan dengan rambut yang penuh dan berwarna hitam yang paling gelap yang pernah saya lihat di dalam hidup saya. Saya sangat teruja. Adakah bayi ini mempunyai rambut kemerah-merahan seperti saya? Atau berambut gelap seperti kakaknya?

Akhirnya, setelah berusaha mengeluarkannya dengan sepenuh khudrat saya, doktor mengangkat bayi saya untuk ditunjukkan kepada saya dan bapanya buat pertama kali. Noralynn Kay akhirnya telah lahir! Apabila doktor menundukkan bayi kami, saya terjerit kecil, “Oh!” benarlah bayi kami mempunyai rambut, rambut yang sangat lebat— dan ianya berwarna putih seperti salju.

Kredit: Simply B Photography

Saya melihat Chris dan apa yang saya hanya boleh katakan adalah, ‘dia mempunyai rambut putih!’ lalu saya meminta dia pergi membawa bayi itu untuk dibersihkan. Dan pada ketika itulah pelbagai perkara mula menghantui saya. ‘Bagaimana dia boleh berambut putih? Apa sebabnya? Adakah bayi saya berpenyakit albino? Bagaimana dia boleh terkena penyakit albino? Adakah dia baik-baik sahaja?’ saya terus gementar. Jururawat memberitahu mungkin saya berasa gementar kerana baru sahaja melahirkan, tapi saya tahu bahawa ianya terjadi kerana saya terlalu takut tentang masa yang akan datang.

Kredit: Simply B Photography

Warna rambutnya menjadi topik utama di hospital pada hari itu. Ramai jururawat datang untuk melihatnya sendiri. Dan kemudian pelbagai soalan mula diajukan. ‘Adakah dia albino? Bagaimanakah dia boleh berambut putih? Adakah ibunya berambut putih ketika bayi dahulu? Adakah kamu mempunyai keturunan yang berpenyakit albino?’

Sejujurnya, saya benar-benar tidak bersedia dengan jumlah perhatian dan soalan yang diterima ini. Saya berasa tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali dan memanggil bayi saya albino. Ianya salah. Saya merasakan seolah-olah mereka mengasingkannya dan melabelnya.

Pakar pediatrik menasihati kami untuk merujuk kepada pakar genetik. Saya menjadi marah. Saya mahu tahu perkara sebenar. Adakah bayi saya albino? Apa maksudnya albino? Adakah dia akan baik-baik sahaja? Apakah keadaan kesihatan bagi pengidap albino? Kenapa tiada siapa yang mempunyai maklumat berkenaannya untuk saya sekarang?’

Kredit: Simply B Photography

Saya dan Chris cuba menangani soalan-soalan dengan baik kerana kami juga tidak tahu apa yang perlu kami harapkan, jika benar bayi kami mempunyai albinisme. Saya begitu bimbang untuk menjelaskan hal ini kepada anak perempuan kami yang baru berusia lima tahun, Brooklynn.

Rupanya hal ini tidak patutpun saya bimbang. Ternyata, saya tidak perlu menerangkan kepadanya. Dia memberitahu saya bahawa adik barunya adalah bidadari salju, dan dia mempunyai kaitan dengan Elsa. Saya sepatutnya maklum bahawa kanak-kanak tidak tahu membeza-bezakan sesama manusia.

Kredit: Simply B Photography

Pakar pediatrik yang pertama kali bertemu dengan bayi kami percaya bahawa bayi kami mempunyai penyakit albinisme dan kami perlu berjumpa doktor pakar. Tempoh menunggu untuk bertemu doktor pakar adalah sangat menyeksakan.

Ke mana sahaja kami pergi, pasti akan ada orang yang ingin melihat bayi kami, sudah tentu, siapa sahaja yang tidak sukakan bayi, bukan? Bezanya, ia akan diikuti dengan soalan-soalan. Mereka akan bertanya sama ada bayi kami albino. Akan ada yang menunding kepadanya, dan melihat-lihatnya. Pernah juga seseorang menjerit di dalam pasar raya ‘lihat si albino kecil itu!’ Sudah tentu kami berasa sedih. Kami tidak menjangkakan hal ini datang dari mulut seseorang yang dewasa.

Tibanya hari kami bertemu doktor pakar, Chris menggenggam tangan saya dan memberitahu saya bahawa tidak kiralah apa jua keputusannya, semuanya akan baik-baik sahaja.

Kredit: Simply B Photography

Kami berasa sangat gugup ketika sedang menunggu untuk dipanggil. Akhirnya, apabila bertemu doktor pakar, dia mempersoalkan sejarah keluarga kami, dan dia melukis sebuah pohon keluarga untuk melihat dengan lebih jelas di mana asalnya genetik itu. Namun, tiada satupun ahli keluarga kami yang mempunyai genetik albino, kami benar-benar keliru.

Kaunselor genetik itu akhirnya menjelaskan bahawa albinisme adalah gen resesif. Maksudnya, kedua-dua ibu dan bapa perlu memilikinya untuk bayi menerimanya. Tetapi, dalam hal ini, mungkin bayi kami yang ‘mencipta’ gen itu sendiri.

Setelah itu, doktor itu memeriksa bayi kami. Dari matanya, rambutnya, kulitnya. Sudah tentu, dia mengatakan bahawa bayi kami sangat cantik. Lalu dia berkata, ‘saya mengesyaki albinism. Kita akan lakukan pemeriksaan darah dahulu untuk mengetahui jenisnya.’

Kredit: Simply B Photography

Saya berasa sangat gementar sementara menunggu keputusan dari doktor. Akhirnya pakar genetik itu menerangkan tentang perkara yang turut hadir bersama albinisme. Khususnya buat Nora, dia mungkin hanya akan mempunyai rambut berwarna putih sahaja. Dia berkemungkinan boleh mendapat sedikit pigmen warna rambut yang lain, begitu juga halnya dengan matanya. Dia berkemungkinan besar memerlukan beberapa jenis kanta pembetul, seperti kaca mata.

Kami juga perlu sentiasa memberikannya krim pelindung cahaya matahari dengan SPF yang paling tinggi. Dia juga berkemungkinan mempunyai masalah pendengaran.

Walau bagaimanapun, semua perkara ini masih boleh diatasi. Setidak-tidaknya, kuranglah sedikit beban yang saya rasakan. Bayi cantik kami ini sihat, hanya berbeza dari yang lain sahaja.

Kredit: Simply B Photography

Sekarang, apa yang kami bimbangkan adalah cara untuk berdepan dengan orang ramai. Bagaimanakah caranya untuk melindungi anak-anak anda dari dunia yang kejam ini?

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak kita tidak membesar dengan tidak menyukai diri sendiri atau perkara-perkara lain tentang diri mereka yang ternyata berbeza dari orang lain? Pada mulanya, sangat sukar untuk kami menangani segala perhatian yang diterima. Kami tidak boleh ke mana-mana tanpa ada orang yang berhenti dan menegur tentang rambutnya, atau paling tidak yang mahu melihat matanya, atau terus bertanya kami sama ada bayi kami albino. Saya hanya mampu menjawab dengan sopan, ‘dia mempunyai penyakit albinisme.’

Kredit: Simply B Photography

Kredit: Simply B Photography

Sebelum kelahiran Noralynn, kami suami isteri tidak tahu menahu tentang albinism. Banyak yang kami pelajari setiap hari setelah kelahiran cahaya mata kami yang istimewa ini.

Saya kecewa dengan diri saya, kerana terlalu bimbang tentang perkara yang sebenarnya tidak perlu dirisaukan langsung. Kami sekeluarga begitu bersyukur kerana diberi peluang ini. Dia bukan sahaja membawa kegembiraan kepada sesiapa yang bertemunya, malah dia juga turut membahagiakan orang yang melihat gambarnya.

Kredit: Simply B Photography

Ini pastinya merupakan perjalanan yang bukan kami rancang selama ini, tetapi ia pastinya akan menjadi baik. Mempunyai penyakit albinisme adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan. Menjadi berbeza daripada insan lain tidak menyebabkan anda terpinggir.

Dikurniakan Noralynn telah membuka mata saya tentang banyak perkara, belajar untuk menerima bahawa semua orang dilahirkan berbeza dan unik dengan caranya tersendiri.

Kredit: Simply B Photography

Kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan anda agar mereka turut mendapat aura positif untuk meneruskan hari!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds