INSPIRASI, Pesona

Dompet berisi cincin kahwin RM38,800 tertinggal di hadapan sebuah bar. Setelah pemilik bar tahu siapa yang mengambil dompet itu, dia telah melakukan sesuatu yang ramai tidak jangkakan!

Dompet berisi cincin kahwin RM38,800 tertinggal di hadapan sebuah bar. Setelah pemilik bar tahu siapa yang mengambil dompet itu, dia telah melakukan sesuatu yang ramai tidak jangkakan!

Seorang wanita yang sedang bercuti di sebuah pekan berdekatan Utara Carolina telah mengalami satu kejadian yang mengejutkan dan menyebabkan dia hampir panik!

Dia dijadualkan untuk terbang ke New Mexico pada keesokan harinya namun dia mendapati dompetnya yang berisi cincin perkahwinan telah hilang! Nasib baik wanita ini tahu di mana kali terakhir dia menyedari dompetnya itu berada dan dia terus membuat perjalanan ke sebuah bar di Pantai Wrightsville dengan harapan dompetnya itu masih ada.

Kredit: YouTube

Pemilik bar berkenaan yang dikenali sebagai Jimmy Gilleece merupakan seorang individu yang sangat baik hati. Jadi, sebaik sahaja dia mengetahui dompet wanita berkenaan telah hilang di bar miliknya, Jimmy memutuskan untuk membantunya sehabis mungkin.

Menurut wanita berkenaan, dia langsung tidak kisah tentang wang yang berada di dalam dompetnya itu sebaliknya, apa yang dia mahukan adalah sebentuk cincin perkahwinan bernilai RM38,800 yang disimpan di dalam dompet tersebut.

Jimmy meneruskan misi pencarian dengan memeriksa rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) di premisnya. Setelah menghabiskan masa hampir tiga jam, Jimmy akhirnya berjaya mengenalpasti siapa pelaku yang telah mengambil dompet milik wanita itu.

Kredit: YouTube

Malah, Jimmy turut mengenali pelaku tersebut!

Menurut Jimmy, individu dipercayai pencuri yang telah mengambil dompet tersebut adalah seorang remaja berusia 17 tahun bernama Rivers Prather. Rivers merupakan seorang gelandangan dan tinggal di sebuah taman berdekatan kawasan tersebut.

Dikatakan Rivers sudah beberapa hari tidak makan dan sebaik sahaja dia menjumpai dompet berkenaan, dia terus mengambil kesemua wang yang ada dan mencampakkan dompet tersebut bersama-sama cincin berkenaan ke dalam sungai.

Kredit: YouTube

Tindakan Rivers mengambil wang dari dompet seseorang dan tidak menyerahkannya kepada pihak polis merupakan satu kesalahan tetapi Jimmy tetap mahu mempertahankan anak muda itu daripada dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Oleh demikian, Jimmy telah mengupah beberapa orang penyelam untuk membantu mencari dompet milik wanita itu. Dengan bantuan Rivers yang memaklumkan lokasi sebenar di mana dia membuang dompet tersebut, mereka akhirnya berjaya menemui dompet itu.

Kredit: YouTube

Setelah itu, Jimmy telah menemui pemilik dompet berkenaan lalu menyerahkannya bersama-sama dengan sebentuk cincin yang sangat bernilai itu. Jimmy kemudian telah meminta agar wanita tersebut menggugurkan dakwaannya terhadap Rivers.

Kredit: YouTube

Bukan itu sahaja, Jimmy turut menghulurkan bantuan untuk mengubah kehidupan Rivers dengan mengajak remaja itu menetap di rumahnya. Kini, Rivers menjalankan dua jenis pekerjaan bagi memperbaiki kehidupannya agar menjadi lebih baik berbanding dahulu.

Kredit: Facebook

Setelah kisah ini menjadi tular dan dikongsikan oleh ramai netizen, bapa Rivers iaitu Rich akhirnya mengetahui tentang keberadaan anaknya dan mereka bertemu semula dalam satu pertemuan yang menyentuh hati. Rich turut mengucapkan rasa syukurnya terhadap kebaikan yang tidak terhingga diberikan oleh Jimmy kepada anaknya itu.

Kredit: YouTube

“Saya bersyukur atas peluang yang diberikan kepada anak saya dan saya akan sentiasa mengenang Jimmy dan keluarganya serta masyarakat di Pantai Wrightsville, Utara Carolina yang berbuat baik kepada Rivers”.

Sehingga ke hari ini, Jimmy masih lagi membantu Rivers menjalani kehidupan yang lebih baik dan membahagiakan. Semoga kedua-duanya dilimpahkan dengan kurniaan rezeki.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...