INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Cubaan si kecil menyediakan hidangan makan malam untuk ‘teman istimewa’. Sangat comel!

Cubaan si kecil menyediakan hidangan makan malam untuk ‘teman istimewa’. Sangat comel!

Membiarkan si kecil berusia tiga tahun menyediakan hidangan makan malam untuk temu janji pertama dengan ‘teman istimewa’, bunyinya seperti satu idea yang baik. Jadi biarkan si kecil Tydus menyediakan segala-galanya, pergi membeli-belah, memasak dan menyiapkan meja.

Kredit : Youtube

Tidak mengapa dan tiada masalah demi mengambil hati ‘teman istimewa’ yang telah menambat hati Tydus

Kredit : Youtube

Mulakan dengan pergi ke pasaraya mencari bahan masakan. Alamak, terlupa pula membuat senarai. Baru teringat, Tydus mahu memasak lasagna, roti bawang putih dan jus campuran buah-buahan markisa, oren dan jambu batu. Siap!

Tydus mahu memasak untuk dua orang, tetapi bahan-bahan yang telah dibeli cukup disediakan untuk sepuluh orang

Kredit : Youtube

Sampai di rumah, Tydus amat teruja. Apa lagi yang perlu disediakan? Meja? Bunga? Cahaya lilin? Pinggan ? Garfu? Baik… Semuanya sudah bersiap sedia.

Semua sudah berada di atas meja. Makanan pun sudah dimasak. Oh! Jangan lupa menuang jus ke dalam cawan. Di sini mengalami sedikit masalah.

Cubaan pertama, selepas menuang jus, semua telah tertumpah di dalam perjalanan. Tidak mengapa Tydus boleh membersihkannya

Kredit : Youtube

Cubaan kedua, selepas menuang jus dengan baik dan sedikit tertumpah, Tydus telah tergelincir pula di atas lantai yang licin. Semua jus telah tertumpah. Tidak mengapa, Tydus boleh mengelap dan membersihkannya.

Tydus si kecil yang tabah. Semua itu tiada hal demi menggembirakan hati ‘teman istimewa’. Ada separuh lagi jus campuran buah-buahan ini. Boleh dituang lagi. Kali ini Tydus perlu berhati-hati dan telah berjaya… Yay!

Tydus telah bersedia untuk berjanji temu dengan ‘teman istimewa’nya dan tidak sabar menunggu.

Kredit : Youtube

Akhirnya, ‘Teman Istimewa’ Tydus pun tiba. Saat mereka bertemu sukar digambarkan dengan perkataan. Anda lihat sahaja video menyentuh hati dan sangat comel ini di bawah.

 

Era Baru

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...