Alexis Davidson, 11, dan ayahnya, Jason Mcdonald dari Aurora Colorado, nampaknya telah menemui satu kaedah yang unik dan efektif untuk mencabut gigi susunya yang terakhir. Bagimana caranya?

Sebelum ini mungkin ramai yang telah pelbagai cara untuk mencabut gigi susu mereka. Antara kaedah paling popular adalah dengan mengikat benang pada gigi dan benang itu diikat pada pintu sebelum pintu tersebut ditutup dengan kuat. Bunyinya agak dramatik tetapi tidak sedramatik apa yang dilakukan oleh Alexis dan ayahnya.

Alexis telah menggunakan anak panah untuk mencabut gigi susunya. Sebelum dia melepaskan anak panah itu giginya terlebih dahulu diikat pada benang yang disambungkan pada anak panah tersebut. Boleh anda bayangkan bagaimana giginya tercabut selepas anak panah dilepaskan?

Dia tersenyum ke arah kamera dan mengikuti isyarat ayahnya sambil tangganya bersedia untuk melepaskan anak panah tersebut. Sebaik sahaja anak panah dilepaskan giginya juga turut tercabut keluar daripada mulutnya, cukup dramatik!

Lihat sendiri bagaimana mereka melakukannya, jangan risau kerana video ini dirakam dalam pergerakan perlahan dan anda akan dapat melihat sendiri apa yang berlaku, agak lucu sebenarnya!

Era Baru

Share
Kategori: Keluarga Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds