INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Bunga karang ini bergelut untuk menyelamatkan nyawanya daripada ‘dibaham’ oleh si tapak sulaiman!

Bunga karang ini bergelut untuk menyelamatkan nyawanya daripada ‘dibaham’ oleh si tapak sulaiman!

Di bahagian laut dalam, terdapat pelbagai hidupan laut yang indah, berwarna warni dan kadang kala sedikit aneh di pandangan mata kita. Setiap satunya mempunyai fungsi mereka sendiri. Anda boleh melihat sebilangan hidupan laut apabila anda melakukan aktiviti menyelam snorkeling.

Di Malaysia, terdapat beberapa pusat aktiviti pelancongan yang menawarkan pakej selam snorkeling seperti di Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Pernahkah anda mencubanya? Ia sangat menarik!

Kredit: jomcuti

Tetapi, tahukah anda mengenai buran laut (sea anemone)? Buran laut atau yang biasa kita kenali sebagai bunga karang boleh didapati di bahagian dasar laut. Ia diklasifikasikan sebagai haiwan tanpa tulang belakang mirip serangga, cacing dan siput. Bagi buran laut, fungsi utamanya adalah untuk menapis makanan daripada air laut.

Kredit: Khasiat.co.id

Apa yang menariknya, buran laut secara spesifiknya mempunyai hubungan yang istimewa dengan ikan. Contohnya, buran bersengat akan membenarkan ikan jenis badut (rujuk gambar di atas) untuk berlindung di celah-celah sesungutnya.

Ikan badut ini akan membantu melindungi buran daripada musuhnya, manakala, buran pula akan membenarkan ikan badut menjadikan dirinya sebagai tempat persembunyian dari pemangsa. Menarik bukan? Mereka seolah-olah berkawan baik!

Walau bagaimanapun, lihat reaksi buran apabila ia tidak mempunyai pelindung. Ia seolah-olah berjuang untuk melarikan diri dari pemangsa yang di dalam situasi ini ialah si tapak sulaiman. Walaupun ia kelihatan berusaha dengan sehabis baik untuk menyelamatkan diri, namun gelagat buran ini terlihat sangat comel dan menarik! Pernahkah anda melihat situasi begini?

🔥 This sea anemone’s reaction to a predatory sea star! from r/NatureIsFuckingLit

Kongsikan bersama rakan anda, mereka pasti belum pernah melihat reaksi buran sebegini!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...