Sarah Kelleher Steppling, 35 tahun yang berasal dari Selatan Carolina adalah seorang ibu yang sangat bertuah kerana mempunyai seorang bayi yang sangat tenang sejak berada di dalam kandungan lagi!

Ikuti kisah benar yang dikongsikan oleh Sarah ini.

Kehadiran anak lelaki saya benar-benar satu peristiwa yang mencabar dalam hidup. Setiap kali saya melihatnya, saya akan menangis kerana saya terlalu sayangkannya. Dia seorang anak yang sangat baik. Berikan makan, menukar lampinnya, berpelukan dan dia akan menjadi bayi yang gembira.

Bayi saya mengalami Anemia Hemolitik, satu keadaan di mana sel darah merah lebih cepat dan mudah hancur berbanding pembentukannya. Di samping itu, dia juga mengalami demam kuning yang agak teruk pada bulan pertama kelahirannya. Disebabkan itu, dia terpaksa dimasukkan ke hospital dan diletakkan di bawah penjagaan rapi untuk memeriksa keadaan darahnya.

Doktor akan melakukan pemeriksaan setiap satu ke dua hari tetapi anak saya adalah seorang bayi yang kuat. Dia berjaya bertahan seperti seorang juara!

Kini, usianya hampir mencecah tiga bulan dan dia juga sudah pandai berinteraksi. Bapanya gemar memainkan lagu dengan gitarnya dan kami akan ubah lirik untuk memasukkan namanya.

Setiap kali dia tersenyum, saya akan cair. Kami juga sentiasa mencuba sedaya upaya untuk memenuhi segala keperluannya supaya dia menangis terlalu lama. Kami sangat bersyukur dan cuba untuk tidak mengambil kesempatan atas kurniaan ini.

Saya tidak sabar untuk melihat bayi saya membesar. Saya tidak sabar untuk mendengar suaranya nanti. Suami saya gemar bermain gitar semasa saya hamil jadi kami teruja untuk melihat jika anak kami mempunyai bakat seni apabila dia dewasa nanti. Apa yang pasti, saya tidak sabar untuk mendengarnya menyebut Ibu buat kali pertama!

Saya juga membuat perbandingan gambar daripada ujian ultrabunyi sewaktu mengandungkanya dan gambar bayi saya semasa berusia beberapa minggu. Dia memang seorang bayi yang sangat tenang sewaktu di dalam kandungan dan masih kekal tenang selepas dilahirkan.

Gaya seperti seorang bos!

Semoga Sarah dan keluarganya akan terus mencipta memori-memori indah bersama.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds