Galeri Foto, INSPIRASI, Pesona, Ria

20 gambar comel tikus ladang yang berumah di dalam kelopak bunga ini pastinya akan mengubah persepsi anda pada binatang perosak ini!

20 gambar comel tikus ladang yang berumah di dalam kelopak bunga ini pastinya akan mengubah persepsi anda pada binatang perosak ini!

Adakah anda mempunyai hari yang tidak menyeronokkan? Benar, dengan kesibukan harian, apa yang anda perlukan adalah masa untuk berehat, masa untuk tidak memikirkan perkara yang rumit serta melihat perkara yang cantik dan boleh membahagiakan— seperti gambar-gambar tikus ladang yang begitu comel ini!

Gambar-gambar yang sangat comel ini diambil oleh Miles Herbert, seorang jurugambar Britain yang berbakat. Selain menjadi jurugambar, beliau turut mengendalikan laman web Captivelight, mengadakan bengkel dan tuisyen fotografi untuk sesiapa yang berminat untuk menangkap gambar burung pemangsa, binatang reptilia, katak dan lain-lain.

“Ia sentiasa menjadi keseronokan untuk melihat makhluk-makhluk kecil yang memikat ini ketika mereka melakukan ‘kerja-kerja’ mereka,” katanya kepada Daily Mail. “Tikus gemar memakan stamen dan nektar dari bunga dan mereka sangat suka memanjat masuk dan keluar dari bunga tulip.”

“Melihat dan menangkap gambar gelagat mereka adalah sangat menarik dan ianya sedikit sebanyak membuatkan kita menjadi ketagih.”

Anda pastinya akan berasa teruja dengan melihat gelagat tikus-tikus kecil ini yang bermain-main di antara bunga tulip dan juga bersarang di antara kelopak bunga.

Walaupun haiwan ini bersifat lebih merosakkan dan kurang bermanfaat berbanding lebah yang lebih lazim dilihat melompat-lompat ke dalam bunga untuk menghisap nektar, namun tikus-tikus ini kelihatan seperti benar-benar berada di ‘rumah’ bunga mereka dan badan mereka yang ringan dan kecil juga mudah ditampung oleh batang halus pokok bunga tulip.

Gambar-gambar yang diambil dengan begitu indah dan sangat berwarna-warni ini pastinya membuatkan anda tersenyum!

Nikmatilah gambar-gambar yang sangat comel ini, anda pasti tidak akan menyesal!

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Kredit: Caters News

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...