KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) sekali lagi telah menjadi fokus bualan orang ramai. Hal ini berikutan dengan laporan The Guardian tentang seorang pemuda berusia 36 tahun yang merupakan warganegara Syria telah ‘menetap’ di KLIA2 ekoran masalah kekurangan wang serta disekat oleh pihak imigresen negara.

Hassan Al Kontar telah menggunakan laman Twitter untuk berkongsi kisahnya pada dunia dengan rakaman beberapa video. Hassan menjelaskan pada salah satu videonya tentang dia meninggalkan Syria 8 tahun lalu dan satu waran yang dikeluarkan bagi menangkapnya kerana dia enggan melaporkan diri untuk turut serta dalam khidmat ketenteraan.

Hassan Al Kontar

“Itu bukan masalah saya. Itu masalah ratusan rakyat Syria yang berasa mereka dibenci, ditolak, dibuang, lemah dan kesunyian”, jelasnya.

Pemuda ini asalnya bekerja dan menetap di Emirah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun 2006 hinggalah 2011, sebelum bermulanya perang sivil yang mengakibatkannya kehilangan visa dan permit kerjanya.

Menurut laporan, UAE enggan memperbaharui visanya menyebabkannya hidup di sana secara tidak sah. Pada tahun 2016, dia ditangkap dan dihantar ke pusat penahanan sementara, menyebabkan dia dihantar ke Malaysia pada Januari 2017 dan menerima visa sementara selama 3 bulan namun dia telah tinggal melebihi tempoh tersebut.

Dia kemudian ke Ecuador pada Februari lalu namun nasibnya masih sama, tetapi pada saat-saat akhir, dia tidak dibenarkan memasuki mana-mana negara Amerika Selatan. Kemudian, dia ke Cambodia dengan harapan akan berjaya melepasi dan memasuki negera berkenaan, namun hampa setelah tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Akhirnya, dia buntu dan mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia, tetapi dia masih lagi menghadapi masalah yang sama – tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

The Guardian

Hassan kini telah tersadai di KLIA2 selama 37 hari dan dia kini tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia memerlukan penyelesaian dan kawasan yang selamat untuknya meneruskan kehidupan dan bekerja.

“Saya tidak akan ke Syria, walaupun saya terpaksa tinggal di sini begini untuk selamanya. Saya tidak mahu terlibat dengan sebarang keganasan dan membunuh insan lain. Sudah tentu juga saya tidak mahu terbunuh. Ia bukan perang saya”, jelasnya.

Dia didapati tidur di bawah tangga dan menggunakan tandas awam di lapangan terbang tersebut untuk mandi dan membasuh pakaiannya pada tengah malam kerana waktu itulah orang kurang.

Hassan Al Kontar

Sejak ‘terperangkap’ di KLIA2, dia telah mendokumentasikan saat pertama kali dia di sini dengan merakamkan video dan memuat naik ke laman Twitter serta menghantar email kepada beberapa kumpulan gerakan kemanusiaan untuk membantunya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hak Asasi Manusia Asia telah meminta pihak berkuasa Malaysia memberikan Hassan geran pelarian United Nations High Commission For Refugees (UNHCR) supaya mereka dapat menyiasat sepenuhnya status Hassan dan cara untuk membantunya.

KLIA2

Pihak UNHCR baru-baru ini ada melawat Hassan. Pemuda Syrian berkenaan juga ada mengatakan bahawa mungkin masa yang panjang diperlukan untuk pihak berkuasa menyiasat kesnya dan tiada jaminan untuknya tentang keputusan kelak.

Apa yang kita boleh harapkan sebagai rakyat Malaysia adalah, pihak berkuasa kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu Hassan agar dia tidak lagi terperangkap di KLIA2 lagi.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds