KUALA LUMPUR – Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan berlangsung pada awal bulan Mei nanti, syarikat AirAsia mengumumkan akan menawarkan tiket dengan kadar yang murah kepada para pelanggan yang bakal membuat perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengeluarkan kenyataan itu menerusi laman Twitter dan meraih banyak respon daripada netizen disebabkan oleh penawaran tiket murah itu.

Kredit: The Malaysian Times

“Tiket ke Sarawak pada 8 dan 9 Mei akan menjadi RM120 manakala bagi Sabah RM199. Ke Semenanjung Malaysia RM99”.

Sementara itu, harga tiket penerbangan bagi perjalanan ke Johor Bharu pula akan ditetapkan mengikut paras harga yang sama dari Kuala Lumpur. Promosi ini dikatakan akan berkuatkuasa mulai Isnin ini.

Kredit: Techly

Sebelum ini, majoriti rakyat Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing apabila perlu pulang mengundi pada hari bekerja selain perlu berhadapan dengan masalah pengangkutan seperti harga tiket yang mahal.

Namun, jangan risau kerana AirAsia telah bermurah hati untuk menawarkan promosi yang begitu bagus ini.

Tambah Tony, “Kami akan bekukan mana-mana tempat duduk yang kami tidak jual pada hari sebelum dan selepas dan berikan tempat duduk ini pada kadar tambang yang murah. Dan tambahkan penerbangan. Akan berkuatkuasa Isnin”.

Kredit: SecretFlying

Jadi kepada anda yang ingin turun mengundi pada 9 Mei ini, cepat rebut peluang keemasan ini demi menjalankan tanggungjawab terhadap negara kita.

Sumber: Twitter/Tony Fernandes

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds