Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan kerap berlaku pada setiap bayi. Gejala ini berlaku tidak kira musim sejuk atau panas. Batuk dan selesema boleh bertukar menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Ibu bapa pasti akan berasa gusar dan bimbang apabila masalah tersebut berlaku pada bayi mereka kerana bayi belum mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah terdapat ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Namun, terdapat teknik fisioterapi yang dikenali sebagai teknik tepuk percussion terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Berikut adalah perkongsian daripada Siti Nurain Mohd Amin di laman Facebooknya, berkongsi tentang cara-cara untuk melakukan teknik tepuk percussion pada bayi:

Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selesema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.

Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha

Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.

Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.

Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.

Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selesema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.

Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

1. Periuk nasi
2. ‎1 labu bawang putih (8-10 ulas)
3. ‎Air
4. ‎Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)

Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.

Kaedah penyediaan air stim:

1. Tuang air dalam periuk nasi.

2. ‎Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya.

3. ‎Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.

4. ‎Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

Kaedah stim dan tepuk percussion:

1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.

2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.

3. ‎Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.

4. ‎Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selesema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha

5. ‎Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Gambarnya saya sertakan sekali di bawah.

(5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini)

Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

6. ‎Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.

7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.

8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.

9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.

Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.

Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe

Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha

Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus terbongkang tidur.

Sumber : Siti Nurain Mohd Amin

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds