Seorang lelaki bernama Khai yang berasal dari Vietnam mempunyai satu keadaan penyakit kulit yang amat serius dan sukar diubati dikenali ‘seborrheic dermatitis’, yang menyebabkan kulit di badan Khai bersisik, gatal, melepuh dan kelihatan menakutkan. Selama beberapa tahun, Khai telah menderita dengan penyakit kulit yang tidak pernah sembuh dan telah mencuba pelbagai rawatan serta mengambil ubat-ubatan yang tidak memberi sebarang kesan penyembuhan, sehingga Khai diperkenalkan dengan kaedah rawatan dan amalan ini.

Khai menghabiskan wang dan masa yang banyak dengan berulang alik ke Hospital Da Lieu di Saigon yang merupakan satu hospital pakar dalam bidang dermatologi dan rawatan masalah kulit.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh doktor pakar dan Khai telah membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk menyembuhkan penyakit kulit ini. Khai terpaksa memakai topeng muka setiap hari kerana wajahnya diselaputi kulit bersisik yang kasar lagi menghodohkan.

Kredit : Facebook/Long Tay

Pada satu hari seorang pengamal Falun Gong bernama Long Tây telah memperkenalkan Khai dengan amalan Falun Dafa dan memintanya membaca buku Zhuan Falun, yang memberi perincian tentang kecantikan sejati amalan dan latihan Falun Dafa.

Dalam pencarian penawar kepada penyakit kulitnya, Khai secara kebetulan mempunyai pengetahuan serba sedikit mengenai Falun Dafa dan menyedari ia satu amalan yang baik semasa dia mencari-cari kaedah penyembuhan alternatif di internet.

Apabila mengenali ajaran ini secara asas, Khai menyedari Falun Dafa bukan sahaja mengajar pengamalnya untuk membezakan unsur kebaikan dan keburukan, serta menyeimbangi keuntungan dan kerugian, tetapi juga mampu meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya.

Khai mahu mempelajari Falun Dafa dan berkata dia mahu menjadi seorang yang baik, di samping diberikan peluang dan harapan untuk menyembuhkan penyakit kulitnya.

Selepas Long Tây mengajar Khai bagaimana membaca buku Zhuan Falun dan melayari laman web Falun Dafa, serta melihat beberapa video testimoni para pengamalnya di seluruh dunia, keadaan Khai menjadi lebih baik.

Kredit : Facebook/Long Tay

Khai mengikuti amalan dan latihan Falun Dafa dengan bimbingan Long Tây. Dalam masa tiga bulan, penyakit kulit Khai telah pulih sepenuhnya. Rakan-rakan Khai menjadi terkejut apabila melihat keadaan kulit Khai yang tidak lagi bersisik dan hodoh. Penyakit kulit itu telah hilang dengan kulit wajah dan tubuh Khai berubah menjadi putih, gebu dan licin.

Bukan sahaja keadaan kesihatan Khai telah meningkat, tetapi sikap dirinya juga telah berubah menjadi lebih baik dan berkeyakinan. Semuanya kerana Khai telah mengamalkan latihan senaman Falun Dafa dan mengamalkan prinsip penanaman sikap Sejati, Baik dan Sabar di dalam kehidupan seharian.

Kredit : Paparan Skrin Youtube /Gambar Hiasan

Salah satu petikan dalam buku Zhuan Falun, Mahaguru Li Hongzhi berkata,

“Ketika sulit dilakukan anda harus mampu melakukan.” Sebenarnya memang demikian, ada baiknya anda pulang ke rumah mencoba. Ketika benar-benar berada di tengah musibah atau sedang melewati cobaan, anda boleh mencoba, saat sulit bersabar anda cobalah bersabar. Saat terlihat tidak ada harapan, dikatakan sulit untuk dilakukan, maka anda boleh coba lakukan, lihat akhirnya sanggup atau tidak. Bila anda benar-benar berhasil, anda menemukan memang benar pepatah mengatakan: “Setelah melewati bayangan gelap pohon willow, akan ditemukan kecerahan bunga dan sebuah desa lain.” (Zhuan Falun)

“Sebagai kelakar, gadis-gadis muda selalu menyukai perawatan kecantikan, ingin agar kulit jadi lebih putih, lebih bagus. Saya katakan anda sepenuh hati berlatihlah metode Gong yang berkultivasi pada watak dan raga, dengan sendirinya anda akan mencapai keadaan ini, dijamin anda tidak perlu melakukan perawatan kecantikan. (Zhuan Falun)”

Kredit : Paparan Skrin Youtube/ Gambar Hiasan

Petikan dari buku amalan latihan Zhuan Falun ini telah diamalkan oleh Qun Ying seorang pengamal Falun Dafa dari Sichuan, China yang pernah mengalami keadaan penyakit kulit yang hampir sama seperti Khai dengan menderita selama lapan tahun. Keadaan penyakit kulit Qun Ying juga telah pulih sepenuhnya selepas mengamalkan senaman Falun Dafa dalam jangka masa tiga hari.

Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai Falun Gong dan latihan senaman Falun Dafa, sila tontoni video testimoni pengamal dari seluruh dunia ini di bawah.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds