Baru-baru ini, satu kes menular secara global melibatkan kebocoran maklumat peribadi sekitar 87 juta pengguna Facebook khususnya di Amerika Syarikat semasa analisis data pada pilihan raya presiden 2016.

Menerusi panggilan telefon dengan wartawan, Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa Facebook tidak melihat ‘sebarang impak bermakna’ kepada penggunaan atau penjualan iklan sejak skandal tersebut dihebahkan.

Kredit: Business Insider

Beliau bagaimanapun mengakui kontroversi itu adalah ‘sesuatu yang tidak baik’ kepada pengguna Facebook dan berjanji akan memikul tanggungjawab penuh di atas kebocoran data berkenaan.

“Sudah jelas bahawa kami tidak melakukan sebaik mungkin untuk menghalang alat ini daripada digunakan untuk penyelewengan. Kami tidak mengambil pendekatan meluas tentang tanggungjawab kami dan ini adalah satu kesilapan besar。”

Tambah Mark lagi, “Ini adalah kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya mulakan Facebook dan saya yang jalankannya. Saya bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku”.

Kredit: The Next Web

Dalam satu laporan, isu kebocoran maklumat ini telah menyebabkan majoriti pengguna Facebook melemparkan reaksi negatif terhadap kredibiliti Mark sebagai Ketua Eksekutif syarikat media sosial dunia itu.

“Apabila anda membina sesuatu seperti Facebook yang pertama di dunia, pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku”.

Pada masa yang sama, Facebook juga kini dalam usaha untuk menetapkan beberapa peraturan baharu seperti mendedahkan pelaku sebenar yang bertanggungjawab menyebarkan isu-isu politik.

Pada September lalu, Facebook telah mendedahkan beberapa orang Rusia yang menggunakan akaun palsu bagi cubaan mempengaruhi pengundi-pengundi di Amerika Syarikat.

“Saya percaya dengan apa yang kami lakukan dan kami sahut cabaran-cabaran ini. Saya tahu kami akan pandang ke belakang dan melihat orang berhubung dan menggalakkan masyarakat untuk menyebarkan aspek positif kepada dunia”.

Kredit: Business Insider

Mark dijadualkan hadir memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab isu kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna Facebook dengan kebanyakannya di Amerika Syarikat yang dikongsikan secara tidak wajar termasuk dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds